Apabila kamu dengar luahan guru yang penuh emosi, contohnya..

“Dahlah..lepas ni biarlah anak orang nak hisap rokok ke, hidu gam ke, ponteng sekolah ke, hisap dadah ke..lantaklah. Biarlah dia nak jadi apa. Jangan masuk campur. Nanti kita juga yang salah..bla bla bla...

Janganlah kau percaya cakap-cakap sebegitu. Sebab? Hakikatnya insan-insan yang terpilih menjadi guru atau cikgu ini, memang fitrah mereka Allah dah jadikan akan selalu sibukkan separuh jiwa mereka memikirkan hal anak-anak didik mereka.

Bila anak murid tak mampu bayar yuran, nanti dia pakat-pakat tanya kawan-kawan..ada tak yang nak ‘buat pahala’ sponsor yuran si polan si polan..

Bila anak murid tak makan di kantin waktu rehat, dia mesti busy body nak tanya, kenapa tak makan pot pet pot pet. Bila dapat tahu mereka tak ada duit, cikgu ni lah akan keluarkan duit...suruh anak murid pergi beli makanan di kantin.

Bila dia ‘ternampak’ kelibat pelajar ponteng, kau ingat dia boleh diam je ke. Kalau tak larat kejar, dia akan call minta back up. LOL. Sebab apa? Dia memang akan sakit hati kalau tengok anak-anak ni ponteng.

Adakala sedang elok-elok mengajar dalam kelas, boleh plak anak-anak ni bergaduh bertumbuk, sampai nak baling kerusi pun ada. Cikgu ni lah sampai menggigil-gigil akan tolong leraikan.

Kadang-kadang badan sendiri sakit-sakit sebab terpaksa jadi hero/heroin drama aksi dalam kelas.

Kadang-kadang cikgu ni dapat maklumat dari ‘informer’, si polan si polan terlihat di depan sekolah dengan uniform sekolah tapi tak masuk kelas. Kau percaya ke cikgu ni nak buat tak kisah aje. Nak-nak guru kelas. Mesti tangan dia laju je capai handphone dan contact mak ayah pelajar tu. Tak dapat Mak, call Ayah plak. Tak angkat handphone, call rumah, rumah tak angkat, call pejabat. Punyalah busy body!

Bila anak murid nampak sugul dalam kelas, buat lawak dia orang tak ketawa, hati cikgu mesti bagai dicuit-cuit nak tanya. Paling tidak pun dia akan tanya, “Are you ok?” Mana mungkin cikgu buat tak kisah.

Bila anak murid tak lulus exam, cikgu ni lah yang susah hati walaupun yang tak lulus tu relax aje! Cikgu ni yang sibuk fikir nanti lepas habis sekolah manalah budak ni nak pergi, tahan tak dia nak bekerja sebab sepanjang di sekolah dia asyik tidur dalam kelas.

Kalau anak murid tak solat, tak puasa, tiba-tiba semua cikgu akan jadi ustaz/ustazah, menegur anak-anak ini. Kau janganlah percaya bila dia kata dia tak kisah. Kan kita sama-sama nak masuk syurga.

Wahai rakan-rakan guru. Jangan sedih jangan berputus asa. Dunia kita adalah anak-anak didik kita. Kita masih sangat relevant dalam dunia mereka. Percayalah!

Guru manusia biasa. Adakala mereka terbawa-bawa dengan emosi. Tapi jiwa mereka penuh kasih sayang. Tiada murid tiadalah guru. Tanpa guru siapalah aku.

Guru - profesion mulia yang dipilih oleh manusia biasa yang memiliki semangat luar biasa.