1. Ibu bapa perlu memastikan tadika yang dipilih itu berdaftar.
  2. Memastikan kawasan tadika tidak huru hara. Kawasan tadika kenalah selamat dan tenang.
  3. Ibu bapa dan pemilik tadika perlu mempunyai hubungan yang baik dengan jiran.
  4. Tadika kenalah ceria dan warna warni supaya anak-anak berasa gembira untuk belajar di tadika.
  5. Ibu bapa kena pastikan pengajar tadika mesra dengan anak-anak. Sebab? Supaya tidak terjadi masalah emosi dalam diri anak-anak.

 

Nak tahu dengan lebih lanjut?! Teruskan membaca..

 

  1. Ni paling penting! Ibu bapa perlu “survey” sama ada pengajar tadika tu baik ke tak!
  2. Walaupun tadika sediakan makanan yang lazat.. Ibu bapa dan pemilik tadika perlu memastikan makanan yang diberikan kepada anak-anak itu bersih, sihat dan halal.
  3. Nak anak-anak bersifat “Open minded”?!. Mestilah nak!. Hah! Pilihlah tadika yang banyak melakukan program sama ada program sukan, mewarna, berpidato dan lain-lain.
  4. Kalau nak lagi selamat..Pastikan tadika itu mempunyai hubungan yang baik dengan bomba, jabatan kesihatan atau polis.
  5. Akhir sekali, Ibu bapa wajib memastikan pemilik tadika itu kenalah mempunyai sahsiah yang baik supaya anak kita diletakkan di tempat yang selamat.

 

Dah bersedia untuk hantar anak-anak pergi ke tadika?...

 

Sumber : Naib Pengerusi Persatuan Tadika Islam Malaysia (Pertim), Zaharah Awang.