Berada di sebuah taman bunga yang cantik tentunya memberi ketenangan yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

Inilah sebabnya setiap sekolah mempunyai taman bunga dihiasi landskap cantik untuk guru dan pelajar bersantai dan menghilangkan tekanan.

Lebih menarik, ada juga sekolah melengkapkan taman dengan pokok bunga yang bukan sahaja cantik berwarna-warni tetapi juga harum seperti mawar dan melur.

GPSBestari.com kali ini memaparkan 10 taman bunga tercantik di dunia yang pastinya memukau pandangan.

Keindahannya membuatkan kita ingin sahaja melompat ke sana seberapa segera.

The Skagit Valley, Washington

Ladang tanaman bunga tulip ini menjadi tumpuan setiap musim bunga. Juga sesuai dijadikan tempat pelancongan kerana dilengkapi dengan kemudahan hotel.

Sunflower Field, Itali

Bunga matahari yang banyak dan mekar pasti memukau mata pengunjung. Bagi menikmati keindahan bunga matahari pelancong dinasihatkan melawat pada Jun atau Julai.

Carlsbad Flower Field, California

Ribuan bunga berwarna-warni ditanam di sini. Ia dibuka pada Mac hingga Mei setiap tahun dan dikunjungi ribuan pengunjung setiap tahun.

Butchart Garden, Kanada

Susunan yang sangat rapi gabungan bunga dan pohon membentuk dekorasi yang sangat menarik. Konsert nyanyi juga boleh diadakan di sini.

The Dallas Arboretum

Pelancong tidak akan menyesal jika berkunjung di The Dallas Arboretum kerana terpesona dengan bunga dan tumbuh-tumbuhan di sana. Ketenangan pasti terasa ketika di sana.

Canola Flower Fields, Luoping, China

Keindahan warna kuning dari bunga Canola adalah daya tarikan utama pelancong untuk berkunjung ke sana. Dari jauh ia akan kelihatan seperti karpet kuning yang terbentang luas.

Dubai Miracle Garden, Dubai

Sebanyak 45 juta bunga disusun menjadi bentuk hati, bintang, piramid dan lain-lain. Mata pengunjung pasti tidak akan puas ketika berkunjung di sana.

Lavender Field, Perancis

Taman bunga yang dipenuhi dengan bunga lavender menjadikan suasana berwarna ungu. Bulan Julai akan menjanjikan suasana indah tersebut.

Keukenhof Garden, Belanda

Disebut-sebut taman bunga paling besar di dunia iaitu seluas 32 hektar. Hamparan bunga yang banyak dan berwarna-warni akan memukau mata pengunjung.

Hitachi Seaside Park, Jepun

Taman yang berkeluasan 3.5 hektar ini mempunyai bunga yang beraneka warna dan bentuk. Lebih unik pada setiap musim pengunjung akan menjumpai bunga mekar yang berbeza-beza.