Murid kelainan upaya (OKU) yang mempunyai masalah penglihatan Nik Fazrina Nik Mohd Fazli dan Aidil Affendi Azuan Azman (kanan) menggunakan mesin braille untuk menjawab
soalan peperiksaan UPSR di SK Kampung Sireh, Kota Bharu, Kelantan pagi tadi.



Murid SK Kampung Sireh, Kota Bharu, Kelantan mula memasuki dewan peperiksaan bagi menduduki UPSR 2017 yang bermula hari ini.



Calon  yang menduduki UPSR di SK Tun Syed Ahmad Shahabudin, Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka berdoa sebelum memasuki kelas hari ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron (kiri) memberi kata semangat dan membacakan doa kepada calon UPSR di SK Tun Syed Ahmad Shahabudin, Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka hari ini.

Seorang guru pengawas peperiksaan memberi kertas soalan kepada calon yang menduduki UPSR di SK Tun Syed Ahmad Shahabudin, Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka, hari ini.



Murid  mendengar taklimat dan nasihat daripada Guru Besar, Naemah Ismail sebelum memasuki dewan peperiksaan bagi menduduki UPSR di SK Putrajaya Presint 8 (1) hari ini.



Murid SK (2) Taman Selayang, Kuala Lumpur yang menduduki peperiksaan UPSR bersiap sedia bagi menjawab soalan kertas mata pelajaran Bahasa Melayu hari ini.



Murid tahun enam SK (2) Taman Selayang, Kuala Lumpur yang menduduki peperiksaan UPSR tekun menjawab soalan kertas mata pelajaran Bahasa Melayu hari ini.



Murid tahun enam bersiap sedia untuk menjawab kertas soalan pada peperiksaan UPSR di SK Putrajaya Presint 8 (1) hari ini.



Murid tahun enam SK (2) Taman Selayang, Kuala Lumpur yang menduduki peperiksaan UPSR tekun menjawab soalan kertas mata pelajaran Bahasa Melayu hari ini. 



Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid diiringi Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah Datuk Maimunah Suhaibul ketika meninjau murid yang menduduki peperiksaan UPSR di
SK Sri Gaya, Kota Kinabalu hari ini. Seramai 443,794 calon UPSR di seluruh negara termasuk seramai 44,000 di Sabah menduduki peperiksaan itu hari ini
.



Murid yang menduduki peperiksaan UPSR di SK Sri Gaya, Kota Kinabalu  mengaminkan doa sebelum memasuki  kelas peperiksaan hari ini.



Murid Sekolah Rendah Green Road Kuching memberi kata semangat kepada rakan mereka yang menduduki UPSR hari ini.



Gelagat seorang calon sebelum menjawab kertas Bahasa Melayu UPSR 2017 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kwang Hwa di Sungai Nibong, George Town, hari ini.



Seramai 338 calon menduduki UPSR 2017 di SJKC Kwang Hwa di Sungai Nibong, George Town hari ini. Seramai 21,656 calon menduduki UPSR di negeri ini.

19. Guru SK Kompleks Uda, Noraini Ismail yang juga ibu kepada calon murid UPSR, Nurhani Sofea Nazarudin menyuntik insulin kepada anaknya yang menghidap diabetis selepas
menduduki peperiksaan di sekolah itu hari ini. Seramai 135 calon UPSR mengambil peperiksaan di Sekolah Kebangsaan Kompleks Uda, Johor Bharu hari ini.



Sebahagian daripada 151 murid Sekolah Rendah Green Road Kuching beratur sebelum menduduki UPSR di sekolah itu hari ini.

Murid SK Pagar Besi, Nur Dania Aliaa Mohd Zaidi menjawab kertas soalan Bahasa Melayu UPSR di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu hari ini. Nur Dania terpaksa
menduduki UPSR di hospital setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya Selasa lalu.

Guru pengawas peperiksaan Nur Suliani Md Ghani (kiri) membantu murid SK Maras, Nur Ain Hidayah Ngah, 12, menulis jawapan pada kertas soalan Bahasa Melayu UPSR di Hospital
Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu hari ini. Nur Ain Hidayah tidak dapat menulis akibat kecederaan pada urat pergelangan tangannya. Kejadian berlaku lapan hari lalu ketika
Nur Ain Hidayah membersihkan cermin tingkap dan secara tiba-tiba cermin itu terjatuh hingga menyebabkan luka yang agak dalam pada urat nadi pergelangan tangannya.



Murid SK Taman Seri Pagi, Senawang, Muhammad Ammar Baharudin membuat ulangkaji seketika ketika dia dan rakan bersiap sedia untuk menduduki UPSR  bermula hari ini.



Murid SK Taman Seri Pagi Senawang, Seremban, Abdul Raziq Rosli berdoa sebelum mula menjawab soalan peperiksaan UPSR yang bermula hari ini.



Guru Besar SK Taman Seri Pagi, Senawang, Seremban, Zakri Abd Aziz memberikan kata-kata semangat kepada muridnya ketika mereka mula memasuki dewan peperiksaan untuk menduduki UPSR yang bermula hari ini.

Calon USPR SK Badan Serai, Perak membacakan doa sebelum masuk ke dewan peperiksaan semalam.



Calon UPSR SK Laksamana, Kota Tinggi, JOhor diberi taklimat sebelum masuk ke dewan peperiksaan semalam.



Calon UPSR SK Dato Wan Kemara, Perak gembira bergambar bersama Guru Bahasa Melayu, Cikgu Zaitun Baharum setelah tamat peperiksaan Bahasa Melayu, semalam.