Era kini semuanya dikatakan ‘era di hujung jari’.  Klik saja di atas butang papan kekunci anda sudah boleh belajar untuk memasak apa saja jenis makanan yang di inginkan sehinggalah membina sebuah helikopter.

Anda boleh belajar membina atau membuat apa saja apabila anda disambungkan ke internet..

Namun anda tetap memerlukan sekurang-kurang sebuah komputer riba dan sambungan internet yang baik.

Anda kini boleh mendapatkan kelayakan seperti orang lain yang menghadiri kuliah di kolej atau universiti yang termasuk kursus diploma, ijazah maupun kedoktoran falsafah.

Perbezaannya adalah kursus diatas talian memberi lebih fleksibiliti untuk anda memilih kursus dan dimana anda meneruskan pengajian.

Apabila semuanya berada di atas talian, bahan pembelajaran, penghantaran kerja kursus, perbincangan sesama pelajar dan pengajar semuanya berlaku diatas talian.

Anda berkemungkinan akan dapat mengkases kepada sistem pembelajaran diatas talian seperti sebuah universiti maya.

Melalui sistem tersebut, anda berpeluang untuk mengkaseskan bahan pembelajaran, menyaksikan syarahan dan melibatkan diri dalam perbincangan diatas talian dari rumah atau dimana saja anda berasa selesa.

Walaupun pembelajaran diatas talian dikatakan memberi kemudahan untuk anda belajar dimana sahaja dan pada bila-bila masa yang anda inginkan, ianya tidak bermakna lebih mudah.

Anda juga harus melakukan sebanyak mana kerja dan tugasan seperti mereka yang hadir dan belajar dalam kuliah bersemuka.

Bahkan, anda perlu untuk membina disiplin yang lebih tinggi untuk mengelak dari gangguan dan berada diatas landasan yang betul.

Menjadi sebahagian dari sebuah komuniti pembelajaran boleh meningkatkan kemahiran berkomunikasi, motivasi dan keyakinan sebagai seorang pelajar diatas talian.

Untuk itu, ada kursus-kursus yang memasukkan kerja berkumpulan bagi menggalakkan kerjasama pasukan dan Interaksi dengan pelajar yang lain.

Dengan kemudahan fleksibiliti pembelajaran diatas  talian, anda juga berkemungkinan untuk melengahkan dan melewatkan serta melakukan kerja disaat akhir.

Adalah penting untuk merancang dan menyusun jadual anda dengan rapi.

Hasrat untuk mengejar apa yang anda ketinggalan jauh di belakang boleh menjejaskan gred anda.

Mendaftar dalam kursus dalam talian tidak bermakna anda akan dibiarkan bersendirian untuk menamatkan kursus anda.

Jika anda memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi staf akademik melalui e-mel, sembang dalam talian atau telefon.

Anda akan memperolehi dan mendapatkan sokongan yang sama seperti pelajar yang menghadiri kelas untuk melengkapkan program anda sehingga berjaya.

 

Azizi Ahmad adalah seorang pendidik