Mungkin ramai tidak tahu atau tidak ambil kisah jika penulisan mengenai ‘pentaksiran dalam pendidikan’ dikongsi atau disiarkan.

Bagi kebanyakan ibu bapa yang penting anak-anak lulus peperiksaan dengan cemerlang dan berjaya ke menara gading.

Namun sedarkah atau tidak ibu bapa tentang bagaimana ‘pentaksiran’ dijalankan dibilik darjah maupun sehingga keperingkat UPSR. PT3, SPM, STPM.

Tahukah ibu bapa maupun calon peperiksaan tentang bagaimana penandaan atau pemarkahan dijalankan terhadap kertas pentaksiran anak anda. Adakah ‘penanda kertas peperiksaaan’ dilatih atau layak untuk menjalankan pentaksiran terhadap anak anda?

Kebanyakkan ‘pemeriksa atau penanda kertas ujian’ yang terlibat mengikuti, memilih dan mematuhi skim penggredan pentaksiran yang telah diberikan kepada mereka oleh badan organisasi pentaksiran yang terlibat. 

Ramai juga memilih dan menggunakan kaedah yang mencerminkan cara mereka dinilai sebagai pelajar;  atau mengikut arahan seorang mentor atau arahan yang diberikan oleh institusi mereka.

Penandaan dan penggredan kertas pentaksiran ditentukan selepas semua markah pelajar untuk tugasan atau ujian telah dijalankan.  Penggredan rujukan norma merujuk kepada  gred yang  diberikan kepada pelajar berdasarkan prestasi relatif mereka berbanding kelas secara keseluruhan.

Bagi penggredan rujukan kriteria, ia merujuk kepada pemberian gred yang telah ditentukan ‘pentaksir’ sebelum tugasan, ujian atau pentaksiran dijalankan. Sebagai contoh, skor 90 ke atas boleh ditakrifkan dan jadikan ambang asas untuk gred A, tanpa mengambil kira bilangan calon yang berjaya memperolehi skor lebih atau dibawah aras ambang.

Samada untuk ‘melengkung atau tidak’ adalah satu persoalan besar.  Melengkung gred ialah mentakrifkan gred mengikut taburan skor pelajar.

Memilih untuk melengkung gred  atau menggunakan sistem penggredan rujukan kriteria boleh memberi kesan kepada budaya persaingan dan / atau keadilan yang ditentukan dalam kelas.

Melengkung gred menyediakan satu cara untuk menyeragamkan gred tetapi  penggredan rujukan norma boleh memastikan bahawa taburan gred adalah setanding dari semasa ke semasa.

Bengkel atau latihan bersama kumpulan pemeriksa atau penanda kertas pentaksiran seperti ‘pengajian pendidikan profesional’ boleh menggunakan teknik kerja rujukan norma untuk menyeragamkan penggredan keseluruhan. Dalam bengkel  ini, latihan penyeragaman pemarkahan harus dikongsikan dan dipersetujui bersama.

Melengkung gred tidak boleh dijadikan ‘panduan arahan’ untuk  kumpulan penanda tentang bagaimana untuk menentukan gred berdasarkan rubrik yang telah ditetapkan

Tambahan kepada penyeragaman penggredan,  penggredan rujukan norma  membolehkan pasukan pengajar untuk mereka bentuk tugasan yang lebih mencabar bagi membezakan calon yang memperolehi skor prestasi terbaik.

Tugasan yang lebih mencabar boleh melencong taburan gred,  penggredan rujukan norma boleh meminimumkan kesan kepada majoriti pelajar yang skor mereka mungkin akan menjadi lebih rendah.

Kritik menyatakan melengkungkan atau memencongkan gred adalah tidak adil bagi kebanyakkan calon. Ini  adalah kerana dikatakan, tidak kira sejauh mana pencapaian  mereka, calon akan diberikan gred yang lebih rendah dari apa yang sepatutnya mereka  layak.  Calon harus mempunyai peluang yang sama untuk mendapatkan A atau cemerlang.

Atas sebab ini, kebanyakkan pendidik tidak menentukan taburan gred.  Kelebihan  menggunakan skim penggredan rujukan kriteria adalah ia mengurangkan rasa persaingan di kalangan pelajar kerana mereka tidak bersaing untuk memperolehi  A atau B terhad. Skor pencapaian mutlak yang diperolehi, dan bukan prestasi relatif, yang  menentukan gred mereka.

Terdapat beberapa cara untuk  melengkung atau memencong gred yang  boleh digunakan seperti:

Keluk loceng (bell curve) dimana skor disetarakan dengan menggunakan teknik statistik untuk membentuk semula pengagihan ke dalam lengkung loceng. Pendidik kemudiannya memberikan gred (contohnya, C +) untuk skor median dan gred rambang ditentukan  berdasarkan kepada jarak skor dari titik rujukan ini. Aplikasi hamparan eletronik seperti Excel boleh digunakan untuk menormalkan skor.

Penggredan rujukan kriteria adalah skala yang telah ditentukan, pentaksiran adalah berdasarkan kepada objektif pembelajaran yang jelas dan rubrik penggredan. Ini adalah supaya calon tahu apa yang mereka boleh jangkakan  untuk mendapat A , B, C, dan lain-lain

Pengumpalan adalah apabila pendidik mewujudkan pengagihan markah dan mengenal pasti kelompok skor dipisahkan oleh taburan skor yang kemudiannya diggunakan sebagai penada aras untuk  memberikan gred.

Sistem kuota, sering digunakan di sekolah undang-undang, pendidik mencipta kuota menentukan bilangan pelajar yang boleh mendapatkan setiap gred. Para pendidik mengaplikasikan kuota ini selepas  memperolehi pangkatan skor pelajar.

Melengkung atau memencong gred boleh digunakan sebagai alat untuk menyesuaikan gred pada pentaksiran atau ujian yang dibina dengan kesahan dan kebolehpercayaan yang rendah, tetapi penggunaan melengkung  atau memencong gred yang konsisten bukanlah sesuatu yang digalakkan memandangkan pendidik semestinya mentaksir apa yang mereka mahu calon belajar dalam program yang diajar.

Baiklah, yang mana satukah pilihan anda? Penggredan rujukan norma atau penggredan rujukan kriteria?

 

Azizi Ahmad adalah seorang pendidik.

 
Azizi Ahmad
114, Jalan Masjid Firdaus, Segambut Luar, 51200 Kuala Lumpur
016-2422587
bakorlambok@gmail.com