Murid SK Pauh Sembilan, Bachok, Kelantan memperagakan pakaian bertemakan kemerdekaan sempena sambutan yang diadakan di sekolah berkenaan, baru-baru ini.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kelapa Sawit, Kulai, Johor, memperagakan pelbagai baju yang dihasilkan menggunakan Jalur Gemilang. Lebih istimewa, pakaian ini
direka dan dijahit guru sekolah berkenaan.

Kanak-kanak Tabika Kemas Bandar Triang, Bera, Pahang penuh semangat menyambut Majlis Pelancaran Hari Kebangsaan yang diadakan serentak seluruh Parlimen Bera. Keterujaan mereka jelas terpampang melalui pakaian Jalur Gemilang yang digayakan mereka.



Muhammad Hadif Marzuan, 8, mencuri perhatian orang ramai apabila tampil menggayakan pakaian tentera sempena perarakan patriotik Hari Tanpa Kereta di Jalan Raja Dihilir, Ahad
lalu. Muhammad Hadif turut menghias wajahnya dengan celoreng hijau dan menyemat Jalur Gemilang di bahu kirinya.