Anda mahu jadi seorang pelajar yang cemerlang? Tetapi anda buntu atau tidak tahu cara yang terbaik untuk mencapainya?

Adakah anda mahu tahu satu cara atau kaedah yang dapat membantu anda berjaya dengan cemerlang atau mengatasi kegagalan yang anda bimbangi.

Kepada ibu bapa atau guru yang ingin perkara sama untuk anak atau pelajar anda, ini adalah peluang keemasan.

Jangan lepaskan peluang ini kerana buat pertama kalinya program NLP untuk pelajar akan diadakan di seluruh negara.

Saya sendiri akan menjadi salah seorang ‘trainer’ atau ketua fasilitator program tersebut.

Jadi apakah NLP sebenarnya? NLP atau Neuro Linguistic Programming merupakan salah satu teknik paling berkesan digunakan untuk mengubah sikap, pemikiran dan perlakuan seseorang individu atau kumpulan.

Lonjak prestasi pelajar

Secara peribadi saya sendiri dengan izin ALLAH SWT telah menggunakan salah satu teknik dalam NLP sejak di bangku sekolah lagi sehingga berjaya mentransformasikan diri dari seorang anak kampung yang berada dalam kedudukan 10 peratus tercorot dalam kelas hingga dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan MCE (Malaysian Certificate of Education) pada ketika itu.  

Ini membolehkan saya dapat tajaan melanjutkan pelajaran keluar negara dengan menggunakan kaedah yang sama.  

Pastinya pada waktu itu saya tak tahupun teknik digunakan itu ada sandaran saintifik dalam kaedah NLP disebutkan sebagai WFO (Well-Formed Outcome) atau dalam bahasa Melayunya sebagai Hasil Matlamat yang Sempurna.

Ia adalah satu pembentukan penyudah yang hebat.  Ada pelbagai teknik dan tip yang akan dikongsi oleh pakar terlatih dan mendapat pengiktirafan peringkat antarabangsa dalam program ini nanti.

Jika saya boleh melakukannya dengan permulaan yang sangat sederhana, saya sangat yakin dan percaya anda juga boleh melakukannya. Anda boleh!.

Menjadikan Diri Positif

“Ke mana tumpuan diberi, tenaga akan mengalir dan memberikan hasil” (Where attention goes, energy flows and results show).  

Kata-kata hikmah ini merupakan salah satu prinsip dalam pendekatan NLP yang boleh dijadikan sebagai perangsang untuk membentuk jati diri positif dan hebat.  

Fokus kepada diri positif yang anda nginkan, sentiasa bercakap dengan nada dan perkataan yang positif, dan bertindak secara positif.  

Amalkan perkara ini dan saya yakin anda akan menjadi pelajar hebat. Anda akan menjadi seorang individu yang cemerlang pada masa akan datang.  

Ada banyak lagi kata-kata hikmah yang hebat seperti di atas yang menjadi prinsip dan andaian NLP.  

Bayangkan dengan satu teknik ini sahaja pun anda sudah boleh dapat banyak sekali faedahnya.  Jadi saya amat syorkan alangkah baiknya jika anda turut serta dalam program ini dan dilatih dengan banyak lagi teknik yang ada dalam pendekatan NLP.

NLP kepada Guru

Program ini bukan sahaja berfaedah kepada pelajar malah juga sangat berguna kepada guru.  Banyak kaedah yang akan dikongsikan dan terus boleh memberi impak tinggi dalam kelas ketika proses pembelajaran berlaku.

 

atau download di sini:

http://www.gpsbestari.com/polopoly_fs/1.741403.1507621531!/menu/standard/file/nlp%20new.pdf