Keputusan UPSR 2016 sudah pun diketahui. Ketua Pengarah Pelajaran dan Menteri Pelajaran ada dipetik berkata "Oleh kerana ini adalah peperiksaan pertama yang menggunakan format baru, kita tidak boleh membandingkan keputusan dengan keputusan tahun lepas yang menggunakan format lama, ". Adakah saya salah untuk menulis ini?

Kepada mereka yang baru sahaja mengambil UPSR, dan dengan keputusan yang ditunjukkan hanya 1.11% dari lebih 400,000 calon adalah cemerlang  dan itu adalah satu pencapaian yang luar biasa.

Jadi bagaimana pula dengan harapan calon atau ibu bapa, yang dikatakan bertungkus lumus dan membelanjakan banyak wang dengan menghadiri kelas tusyien atau pun kelas tambahan namun ada juga kenyataan biasa ‘tidak mendapat 6A sekarang bukanlah rugi, masih banyak masa lagi untuk memperbaiki keadaan’ dan perlu dingat calon-calon ini ada lagi 6 tahun untuk menghadapi SPM pula.

Sama ada anda berjaya melakukan dengan baik atau tidak, masih ada masa untuk memperbaiki pencapaian yang telah pun terlepa.  Lagipun, itu bukanlah penamat terhadap kehidupan di  dunia seperti yang disimbah dalam berita. Tidak mendapat  gred yang terbaik  bukanlah  perkara yang paling teruk.

Kini adakah beribu-ribu calon UPSR akan menghabiskan cuti  mereka dalam kebimbangan atau  berfikir akan hasil usaha dan kerja keras mereka itu hanya sia-sia sahaja?

Kanak-kanak adalah kanak-kanak, dan kita harus memberitahu mereka satu perkara mudah, ‘yang lepas usahlah dikenang, lihat sahaja kehadapan, harungi masa depan dengan lebih jaya’. Mudahkan !

Tetapi "apa yang sudah, sudahlah" bukanlah satu nasihat yang cukup baik dan pasti tidak boleh mencerminkan nilai yang diletakkan di atas kejayaan akademik di dunia moden yang sangat kompetitif.

Bagi sekolah-sekolah yang baik, pihak mereka pasti mampu melegakan tekanan dengan menganjurkan  program kesedaran, dan akan  memberitahu pelajar bahawa peperiksaan bukan satu-satunya atau sememangnya aspek yang paling penting dalam pendidikan.

Peperiksaan bukan lah sesuatu yang penting, namun keputusan peperiksaan yang membawa makna.

Sesebuah institusi persekolahan yang baik dalam pasaran pendidikan sentiasa percaya dalam pendidikan yang menyeluruh dengan menyediakan aktiviti : sukan, muzik, drama, ilmu bertanggungjawab keatas orang lain, belajar untuk hidup.

Itulah yang banyak sekolah sentiasa isytiharkan sebagai nilai teras mereka, dan sering dipromosikan dengan jayanya.

Sudah tentu, program melegakan tekanan boleh menyediakan penawar yang berguna kepada tumpuan yang berlebihan di atas pencapaian kejayaan peperiksaan. Tetapi ia adalah mitos sekolah, nilai-nilai teras  yang  mewujudkan persekitaran di mana pelajar dan individu memperolehi kesejahteraan komuniti sekolah dipupuk.

Dalam terma yang paling mudah, setiap orang perlu melakukan yang terbaik: yang terbaik untuk sekolah mereka, yang terbaik untuk diri mereka sendiri. Biasanya, tetapi tidak semestinya dalam aturan tersebut.

Sekolah-sekolah hebat dan terpilih biasanya  mengekalkan mereka  yang mendapatkan keputusan peperiksaan yang terbaik, tanpa bimbang dengan apa saja keputusan yang diperolehi.  Mereka juga membuka laluan ilmiah dan kerjaya untuk murid mereka dengan mengaitkan apa yang berlaku di dalam kelas dunia yang lebih luas.

Meningkatkan hasrat dan  keinginan untuk semua calon patut menjadi sasaran setiap institusi l pendidikan.

Jadi walau apa saja pencapaian yang diperolehi dan kepada setiap calon marilah kita mengucapkan syabas kepada yang mencapai  kejayaan cemerlang, bersimpati kepada yang tersasar dan terus membantu dan berusaha meningkatkan pencapaian mereka untuk sumber terbaik negara kita;  anak-anak kita. masa depan kita.

Azizi Ahmad adalah seorang pendidik