Sibuk dengan tugasan harian, tentunya guru mempunyai pilihan teh jenama tertentu untuk melegakan rasa penat.

Mahal atau murah teh yang dipilih bukanlah ukuran.

Yang paling penting, kena dengan selera dan cita rasa masing-masing.

Apa Kata Mereka minggu ini menemu bual guru dan pelajar berkenaan jenama teh kesukaan.

Jom kita tengok, teh apa pilihan mereka..

Siti Maznah Sururi, 30

SMK Kuala Selangor

"Saya dah biasa dengan teh jenama Boh. Warnanya yang pekat, harga best dan nikmat bila diminum, antara faktor kenapa saya pilih Boh."

Farhana Hussin, 36,

SK Sultanah Asma

"Saya suka teh hijau jenama Boh kerana ia dapat mempercepatkan pembakaran kalori dan bantu saya kekal langsing."

Norashida Abu Bakar, 37

SK Felda Laka Selatan

"Teh jenama Lipton. Rasanya yang sedap dan menyelerakan, mudah disediakan dengan uncang teh, harga berpatutan dan banyak pilihan penyediaan."

Nurul Hakimah Mashuri, 39

SMK Dato' Haron, Tanjong Karang

"Lipton sebab jenama dah kukuh. Rasa tehnya juga sedap malah bahan digunakan adalah bahan antarabangsa terbaik dari Sri Lanka dan Kenya serta menjadikannya rasa selain aroma sangat istimewa."

Kanageswary a/p Jegathesan, 23

SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

"Masa zaman sekolah menengah, saya menang tempat utama untuk inovasi 'jem perisa teh Lipton'. Sejak itu, saya mula jatuh cinta dengan jenama Lipton sehinggalah sekarang."

Ainee Ridhoni, 27

SMK Raja Muda Musa, Bestari Jaya

"Waktu petang saya akan 'kosong' jika tak nikmati teh Lipton bersama keluarga. Ke mana sahaja destinasi saya pergi, teh ini pasti ada dalam beg."

Amirudin Alias, 45

SM Sains Kuala Selangor

"Suka Boh dan Lipton.. sebab menepati cita rasa saya. Tak terlalu manis, senang beli di kedai dan menjadi kegemaran ramai."

Rodiah Sanwikarto, 45

SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

"Sudah 16 tahun saya minum teh Lipton dan saya tetap setia pada jenama ini sampai bila-bila."

Siti Nurul Aisyah Mushanim, 17

SMK Dato' Haron, Tanjong Karang

"Bila minum teh Lipton, semangat nak belajar pun jadi berkobar-kobar. Hilang rasa mengantuk bila minum segelas teh jenama ini. Terbaiklah Lipton."