2. KEMBALI KE SEKOLAH... Guru dan pembantu murid pendidikan khas SMK Kiaramas meraikan sambutan Hari Guru 2018 yang bertemakan 'Kembali ke Sekolah'.

 

3. ARABIAN... Sebahagian guru SK Sungai Kantan Kajang tidak ketinggalan menggayakan pakaian bertemakan Arabian.

 

 

4. PAKAIAN TERBAIK.. Dua guru SK Kampung Johan Setia, Klang, Cikgu Ily Nadia Abd Rahman dan Cikgu Mohammad Nurulanuar Hussin diangkat sebagai  penerima anugerah pakaian terbaik sempena sambutan Hari Guru peringkat sekolah yang bertemakan Arabian.

 

 

5. KEMBAR... Guru SK Taman Tasik Ampang berpakaian menepati tema sambutan Hari Guru iaitu Kembar.

 

 

6. KALAU AKU BUKAN GURU... Dari kiri: Cikgu Zanira, Cikgu Hamirulliza, Cikgu Baiyah, Cikgu Kasmaini, Cikgu Misnida dan Cikgu Azlida dari SMK Setia Alam  bersama-sama meraikan Hari Guru peringkat sekolah dengan tema Kalau Aku Bukan Guru.

 

 

7. BOLLYWOOD... Bertemakan silang budaya (bollywood), dua guru wanita SK Semenyih Kajang kelihatan anggun dan cantik sempena sambutan Hari Guru sekolah, baru-baru ini.