Kita bakal menyambut Hari Kebangsaan 2017 di Dataran Merdeka pada 31 Ogos ini.

GPSBestari menemu bual beberapa Pengarah Pendidikan Negeri dan warga pendidik untuk berkongsi makna kemerdekaan dan salam kemerdekaan mereka untuk semua pembaca.

Kepada semua guru, saya mengharapkan penghayatan yang teragung dalam meraikan hari kebangsaan ini kerana guru mempunyai pentasnya yang tersendiri untuk merealisasikan maksud tema 'Negaraku Sehati Sejiwa'. Ia boleh jadi penggerak kepada kita semua sebagai guru untuk memberikan perkhidmatan yang gemilang dan terbilang.

"Perkhidmatan yang gemilang ini pastinya memberikan hasil kepada anak didik apabila ini disulamkan dengan ketepatan masa dalam bertugas, memberikan fakta dan maklumat tepat, menyempurnakan tugas cara adil dan jujur, bersopan santun, menepati janji dan tidak membazirkan sumber yang ada. Selamat Hari Kebangsaan Salam Sehati Sejiwa."

- Pengarah Pendidikan Negeri Perak - Mat Lazim Idris