Setiap ibu bapa dan penjaga tentunya ingin anak mereka berjaya dalam pelajaran.

Bukan sahaja berjaya tetapi berjaya dengan bergaya dan cemerlang.

Pelbagai usaha dan pengorbanan dilakukan untuk pastikan kejayaan yang mereka dan si anak impikan tercapai.

Antara usaha itu termasuklah sedia segala kelengkapan pembelajaran iaitu pakaian, alat tulis dan makan minum.

Tidak cukup dengan itu, ibu bapa akan pastikan anak tidak tercicir dalam mata pelajaran dengan menghantar mereka ke kelas tambahan atau tuisyen.

Dan akhir sekali usaha diikuti dengan doa dan solat hajat.

Namun begitu, masih ramai pelajar yang tidak berhasil mencapai impian yang dihajatkan. Ramai pelajar yang agak lemah untuk berfikir dan membina matlamat secara kritis.

Mereka tidak dapat membentuk hasil yang mereka ingini daripada pembelajaran mereka.

Disinilah teknik pembelajaran ‘Neuro-Linguistic Programming’ atau singkatannya NLP dapat mereka gunakan.

NLP membolehkan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif dalam mencerap dan memproses maklumat diterima.

Sesuatu data atau maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam pelbagai bentuk.

Melalui kemahiran ini, pelajar bebas untuk membanding, menyusun atur, mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka sendiri.

Andai kata diberikan suatu soalan maka pelajar boleh member jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru dan melihat daripada beberapa sudut.

Di sinilah dikatakan wujudnya pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan mereka cipta dalam kalangan pelajar.

Pelajar dapat menjana fikiran kritis dan kreatif dengan mengaplikasikan empat tonggak NLP iaitu:

i. 'Rapport',  

ii. Ketajaman deria, Hasil yang sempurna,  

iii. Fleksibiliti

'Rapport' yang baik dengan diri sendiri dan orang keliling membolehkan pelajar berinteraksi lebih baik dalam memproses maklumat yang mereka cerap.

Dengan mempunyai rapport yang baik mereka berada dalam keadaan perhubungan untuk berkomunikasi dengan lebih baik.

Ketajaman deria adalah prasyarat yang perlu untuk mencerap maklumat. Deria Vakog (Visual - lihat, Auditory - dengar, Kinestetic - rasa sentuhan, Olfactory - bau, Gustatory - rasa lidah).

Maklumat yang dicerap ini menjadi asas kepada komunikasi dan segala bentuk pemikiran.

Dengan deria lebih tajam dan terbuka mereka akan menjadi lebih sensitif kepada maklumat yang mengalir masuk.

Hasil yang sempurna dapat dibentuk dengan soalan yang ditanya pada diri.

Pelajar yang tahu NLP akan lebih peka kepada soalan berasaskan 5W1H (What, Why, Who, When, Where, How).

Mereka akan lebih berupaya untuk berfikiran kreatif dan kritis dengan menggunakan soalan yang berdasarkan kepada 5W1H dalam menghasilkan impian yang mereka ingini.

Fleksibiliti merupakan tonggak keempat dalam NLP dan amat berguna untuk mencapai sesuatu daripada hasil pemikiran kritis dan kreatif.

Jika sesuatu tindakan yang mereka lakukan tidak Berjaya mendapatkan apa yang mereka ingini, maka mereka boleh berfikir secara kreatif untuk mencuba cara yang lain pula.

Banyak lagi teknik NLP yang boleh pelajar gunakan dalam meningkatkan pembelajaran mereka.

Setelah melalui pelbagai latihan dalam NLP dan menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) saya amat yakin teknologi NLP amat penting dan wajib dimiliki setiap pelajar.

Melalui NLP mereka akan dapat belajar dengan baik dan dapat mencapai matlamat yang mereka sasarkan.

Melalui program sehari  seminar asas NLP anjuranAkademi NLP Malaysia dan GPSBestari.com saya percaya ia akan menjadi satu permulaan yang baik.

Saya percaya pelajar yang menyertainya akan mendapat manfaat daripada seminar tersebut.

 

JOM DAFTAR:

ATAU BOLEH DOWNLOAD DI SINI :

http://www.gpsbestari.com/polopoly_fs/1.729773.1505208710!/menu/standard/file/NLP%20IKLAN%20NEW.pdf