1. Kembar... Guru dari SK Taman Cuepacs, Cheras menggayakan pakaian yang bertemakan Twins (Charlie Girls), sempena sambutan Hari Guru, semalam.

2. Salam... Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersalaman dengan pendidik ketika menghadiri Malam Apresiasi Pendidikan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

3. Tahniah... Dua penerima Anugerah Tokoh Hari Guru Lelaki 2018, Md Sahari Abdullah dan Tokoh Hari Guru Perempuan 2018, Saadah Bahruddin menerima trofi serta sijil pada Majlis Sambutan Hari Guru Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) 2018 semalam. Hadiah disampaikan Pengarah Jais, Datuk Haris Kasim.

4. Jika saya bukan guru... Dari kiri: Guru Penolong Kanan, Mohd Fauzi; Guru Cemerlang Sejarah, Abdullah Mamat dan Guru Disiplin Razali Abu Bakar mengenakan pakaian mengikut pekerjaan pada sambutan Hari Guru SMK Seri Nilam, Kuala Terengganu yang bertemakan 'Kalau Aku Bukan Guru'.

 

5. Temubual... Guru Bahasa Inggeris, Zuraidah Ibrahim selaku wartawan Astron menemubual Guru Penolong Kanan Petang, Abdul Haleem A Rahman selaku Ahli Parlimen 'olok-olok' sempena tema sambutan Hari Guru SMK Bandar Damai Perdana, Cheras yang bertemakan 'Kalau Aku Bukan Guru'.

 

6. Hari Guru... Guru SK St Mary Kuching, Janet Tikut bersama rakan sejawatnya menunjukkan kek sempena sambutan Hari Guru 2018, semalam. Sambutan Hari Guru tahun ini bertemakan ‘Guru Pemacu Transformasi Pendidikan Negara’.

 

7. Percuma... Tiga tahun berturut-turut SMK Bandar Rinching, Semenyih akan memberi aiskrim kepada pelajar sempena sambutan Hari Guru.

 

8. Selamat Hari Guru... Guru Besar SK Kg Baharu Batu 16, Sg Sumun berswafoto bersama murid sempena sambutan Hari Guru sekolah itu, semalam.