Dunia pembelajaran dahulu dan kini sememangnya berbeza. Jika dahulu, tahun satu, dua atau tiga,  hanya belajar menulis, mengeja, pengiraan mudah. Berbeza dengan zaman kini. Murid kini telah diperlihatkan dengan pembelajaran yang lebih menguji minda. Maka, dengan itu lahirlah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi atau KBAT yang sentiasa jadi sebutan. Jadi, pendidikan kini haruslah seimbang dengan perkembangan abad ke-21.

Menurut cikgu Hailmi, cikgu Sains dan Kimia, daripada blognya menerangkan 10 ciri pembelajaran kelas abad ke-21.

******************************

Dalam pada untuk kita bersaing dalam kemajuan dunia, maka sektor pendidikan haruslah seimbang dengan perkembangan abad ke-21. Kemajuan teknologi dan juga keupayaan pelajar harus digunakan dengan sebaik mungkin bagi mengoptimumkan penghasilan kemenjadian murid yang tinggi dalam kalangan pelajar Malaysia. Berikut adalah 10 ciri pembelajaran abad ke 21 yang boleh dimanfaatkan.

  1. Berpusatkan pelajar
  • Pelajar berperanan penting, guru sebagai pembimbing
  • Meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan

 

  1. Penggunaan komputer
  • Alat penting untuk kelas abad  ke 21
  • Sangat membantu dalam pdp

 

  1. Pembelajaran aktif
  • Penglibatan yang lebih aktif sama ada dengan perbincangan bersama rakan, atau pun penggunaan komputer

 

  1. Pembelajaran kendiri
  • Kelas masih boleh berfungsi dengan pelbagai aras pembelajaran

 

  1. Persekitaran yang kondusif
  • Tidak terlalu sesak
  • Peralatan mengajar yang asas seperti papan putih interaktif dan LCD projektor

 

  1. Pelajar faham dan mematuhi arahan
  • Pembelajaran dirancang dengan teliti dan tersusun
  • Peraturan kelas, prosedur dan notis ditampal di ruang khas bagi memudahkan  pelajar  sentiasa berada dalam landasan yang betul

 

 

7. Saling hormat-menghormati

-  Perlu hormat-menghormati antara guru dan pelajar

-  Guru perlu menggalakkan pelajar berucap dengan yakin dan menghargai pendapat mereka

-  Pelajar perlu belajar bekerjasama dan menghormati rakan sekelas

 

8. Pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran mereka

- Sekiranya pelajar digalakkan untuk terlibat aktif dalam pembelajaran, maka mereka akan lebih bertanggungjawab dengan pembelajaran mereka

 

9. Penilaian berasaskan pencapaian

- Guru sentiasa menjalankan penilaian dengan pelbagai kaedah tanpa terikat dengan sesuatu bentuk ujian sahaja

 

10. Pembelajaran kolaboratif

- Pembelajaran secara berkolaborasi merupakan kaedah paling berkesan dalam pembelajaran