Bahana mercun bola. Dua lagi mangsa ditempatkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini hari ni menjadikan lima mangsa mercun dicatatkan di Kelantan. Mangsa terbaharu, Muhammad Haikal Adnan Mohd Nor, 13, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badang mengalami kecederaan di lutut kiri selepas mercun yang diubah suai meletup sendiri di tangannya. Menurut Haikal, ketika kejadian kira-kira jam 3 petang Ahad lalu, dia bermain mercun bersama rakannya berhampiran rumahnya di Kampung Badang. “Ketika memampatkan belerang dari tiga mercun bola dalam bekas plastik bulat, ia meletup tiba-tiba. Kaki saya disambar bahang letupan dan paha kiri berdarah. Begitu juga kawan saya yang terkena serpihan plastik di bahagian bawah lutut. “Kakak kawan saya kemudian bergegas membawa kami berdua ke Klinik Kesihatan Badang yang terletak bersebelahan rumah.