Set Induksi berasal daripada perkataan 'induction' yang bermaksud 'giving rise to something' - membangkitkan, mewujudkan sesuatu kepada sesuatu perkara yang lain.

Kali ini kami kongsikan 23 cara memulakan PdPc atau Set Induksi.

 

1. Video

Video ditunjukkan dan dibincangkan bersama murid. Video perlu ditapis dahulu dan boleh dilihat oleh murid.

 

2. Nyanyian Lagu

Lagu dinyanyikan  dan lirik dibincangkan. Lagu pula haruslah yang memberi semangat dan rancak.

 

3. Perbualan Audio

Audio dipasangkan dan murid kenalpasti mesej dan isi yang disampaikan.

 

4. Gambar/poster

Gambar/poster ditunjukkan. Murid bincangkan elemen-elemen tertentu seperti objek, perbuatan, proses dan sebagainya.

 

5. Objek/benda maujud

Objek ditunjukkan dan murid bincangkan. Boleh juga beri murid pegang dan rasa dengan deria sentuhan.

 

6. Entry Ticket

Murid nyatakan apa yang mereka ingin tahu daripada tajuk pembelajaran dan ditulis pada stickey notes. Kemudian mereka tampal pada dinding.

Kemudian semua pergi melihat notes itu. Jika sesiapa ada jawapan kepada notes tersebut, mereka ambil dan kongsikan jawapan kepada kelas.

 

7. Running Dictation

Setiap kumpulan ada seorang runner untuk dapatkan maklumat tertentu di sekeliling kelas. Kemudian, balik ke kumpulan dan seorang akan tuliskan maklumat sehingga siap. Dapatan dikongsikan. Maklumat pula perlu yang mudah dan ringkas.

 

8. Who/What am I?

Satu objek tersembunyi dimasukkan dalam kotak. Kota dilubangkan cukup untuk masukkan tangan. Murid masukkan tangan ke dalam kotak dan meneka apakah objek itu.

 

9. Jigsaw

Maklumat dipecahkan kepada beberapa kumpulan, kemudian setiap kumpulan akan berkongsi maklumat sehingga maklumat yang lengkap didapatkan.

 

10. I have, Who has... (Loop)

Kaedah interaktif murid diberi bahan dan biasakan dengan set perkataan yang akan dipelajari. Seorang dari kumpulan bertanya; I have bananas, Who has watermelon? Kumpulan yang ada watermelon pula menjawab, I have watermelon, Who has pineapple? Prinsip Loop..

(refer to previous post: Loop!

 

11.  Error Detection

Cikgu tunjukkan apa sahaja bentuk bahan media/simulasi dan murid kenalpasti kesilapan atau masalah. Kemudian PdPc dibuat berasaskan Penyelesaian Masalah (Problem Solving).

 

12. Puppet/Mascott

Perkenal satu watak puppet, mascott dan apa sahaja yang bersesuaian dan murid boleh berbual dengan watak tersebut.

 

13. Role Play/Simulasi

Satu situasi diberikan dalam bentuk lakonan (guru/ guru+murid/ murid/ murid+murid). Kemudian, situasi ini dibincangkan.

 

14. Spot the objects

Murid mengenal pasti objek melalui pemerhatian pada sekeliling kelas, kawasan sekolah, gambar, video dan sebagainya.

 

15. True or False

Tajuk diberikan dan kemudian murid meneka samada beberapa kenyataan adalah Betul ataupun Salah.

 

16. 2 Truths and A Lie

3 kenyataan diberikan dan murid meneka mana 2 kenyataan yang betul dan 1 yang salah. Dibuat dalam beberapa pusingan.

 

17.  PreTest

Berikan soalan dan semak jawapan murid. Biarkan murid lihat jawapan mereka yang salah dan betul.

 

18. KWL

K: What I Know

W: What I want to know

L: What I learned

Fokus kepada What I Know..Murid samada tuliskan respon di atas sehelai kertas secara individu atau 'whole class approach'.

 

19. Jigsaw Puzzle

Beberapa keping gambar dipotong dan murid cantumkan. Kemudian murid kongsikan dapatan mereka.

 

20. Buidling Blocks (Dengan Lego) Atau bahan binaan, kraf

Murid cantumkan bahan binaan mudah mengikut panduan guru dan murid tunjukkan hasil mereka. (Jangan yang susah-susah ya). Contonya, rumah, kereta.

 

21. Take One Out

Murid diberikan beberapa perkataan, gambar, ayat, atau sebarang bahan. Dalam satu ketgori itu, murid perlu keluarkan satu yang tidak berkaitan daripada rangkaian atau kumpulan tersebut.

 

22. Grouping

Murid diberikan beberapa bahan dan murid dalam kumpulan bahan-bahan tersebut mengikut kategori atau pengelasan.

 

23. Match or Place

Dengan bahan seperti poster, beberapa kepingan kertas atau objek perlu diletakkan di tempat yang sepatutnya dalam gambar. Boleh juga gunakan aplikasi online.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: myedushare