Ini dia koleksi soalan-soalan yang terpaksa cikgu hadap setiap hari di sekolah.

Lebih meriah dari murid sekolah rendah terutamanya tahap satu.

Namun bukan sahaja sekolah rendah, pelajar peringkat menengah pun sama.. cuma soalan aje agak berbeza.

Apa soalan dari anak murid yang paling cikgu ingat?

Percayalah, semua ayat ini akan jadi kenangan indah buat kita suatu hari nanti.

01. Cikgu.. dia kacau saya

02. Cikgu.. dia amik pemadam saya

03. Cikgu.. dia ejek saya

04. Cikgu.. ada orang nangis

05. Cikgu.. ada orang kencing

06. Cikgu.. nak minum air

07. Cikgu.. balik pukul baper?

08. Cikgu.. rehat pukul baper?

09. Cikgu.. tepi sikit.. tak nampak

10. Cikgu.. nak kena tampal ke ni?

11. Masa cikgu dah habis tulis.. "Nak kena salin ke cikgu?"

12. Cikgu.. Nak selang ke?

13. Cikgu.. kenapa mata cikgu warna warni.. cikgu terlebih lawo hari ni.

14. Cikgu.. dia cakap b***h

15. Cikgu.. apa tajuknya?

16. Cikgu.. lagi 2 kali loceng nak rehat@balik kan cikgu

17. cikgu.. Ahmad tak datang..(padahal Ahmad ada je)

18. Cikgu dah bagi jawapan no 20.. masih lagi ada yang tanya..cikgu, apa jawapan no 1?

19. cikgu.. kenapa cikgu pergi sekolah jalan kaki? cikgu takde kereta ke?

20. Cikgu.. ngandung ke? (sentap kalau cikgu tak mengandung)

21. Cikgu.. nak kena buat garis tepi ke?

22. Cikgu rumah apa?

23. Cikgu kalau tak muat nak salin kat sebelah eak

24. Ustazah.. nak g tandas

25. Ustazah.. solat tak hari ni

26. Ustazah.. buku apa

27. Ustazah.. dah siap

28. cikgu lambat lagi ke nak balik?

29. Cikgu.. dia ambik pensel saya

30. Cikgu.. hari ni berapa hari bulan

31. Cikgu... dia tak nak kawan dengan saya

32. Cantik cikgu hari ni.. kalah saya (budak sekarang kan)

33. Cikgu.. esok sekolah tak?

34. Cikgu.. esok pakai baju senam tak?

35. Cikgu.. nak asah pensel

36. Cikgu.. kenapa cikgu cakap macam orang Kl?

37. Cikgu.. kenapa cikgu asyik pakai tudung ni je.. cikgu takde tudung lain ke??

38. Cikgu, baju cikgu sama hari Selasa tempoh hari.

39. Cikgu, cantik warna lipstik, cikgu beli mana?

40. Cikgu, saya tak bawak duit belanja hari ni

41. Ustaz.. ustaz nampak kurus lah hari ni

42. Cikgu wanginya..

43. Cikgu.. kenapa handbag cikgu same je

44. Cikgu nak pinjam stepler

45. Cikgu mesti ada 'liquid paper' kan..

46. Cikgu, nak pergi kelas sebelah kejap

47. Cikgu, buku saya terkena air

48. Cikgu, dia ketuk kepala saya

49. Cikgu.. ada orang cakap tipu

50. Cikgu.. jam cikgu pukul berapa?