Minggu peperiksaan adalah minggu yang ‘menyeramkan’ bukan sahaja kepada pelajar, bahkan kepada ibu bapa. Sehinggakan ada kala kita akan terlihat anak-anak relaks sahaja, ibu bapa pula yang berdebar-debar.


Namun sebagai ibu bapa yang bertanggung jawab terhadap pendidikan anak-anak, sewajarnya mereka terdetik rasa berdebar. Sudah tentu mereka mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Walau bagaimanapun, ibu bapa perlu mengikuti 7 cara di bawah agar anak-anak tidak rasa stres atau terbeban dengan kehendak ibu bapa. Berilah mereka peluang sewajarnya untuk membuktikan tahap kecerdikan mereka secara berperingkat. Admin berharap agar perkongsian di bawah menjadi panduan berguna untuk semua ibu bapa.
 

Untuk ibu bapa yang mempunyai anak yang akan menduduki peperiksaan.


Perkongsian daripada Ustaz Zahazan Mohamed (YDP PIBG SMKAKL).


1. Hari peperiksaan, ibu bapa bangun awal, solat hajat, sahur, puasa dan doakan untuk mereka dan sekalian orang Islam sepanjang berpuasa.
2. Banyakkan sedekah walaupun pada binatang.
3. Beri anak minum air zam-zam atau air putih dalam kuantiti yang banyak.
4. Pastikan anak mendapat tidur yang mencukupi.
5. Amalkan doa ayat ke-74 surah al-Furqan. Niatkan untuk mereka agar diberikan idea, kefahaman dan kelancaran dalam menjawab soalan peperiksaan.
6. Beri anak keyakinan bahawa mereka mampu lakukan yang terbaik. Pesan mereka untuk baca doa sebelum memulakan menjawab soalan. Berselawat apabila menghadapi kesukaran dan  petua-petua yang lain.
7. Ingat! Jangan sekali-kali menjadikan anak stres dengan permintaan-permintaan yang luar biasa. Memadailah kata-kata berisi doa, motivasi dan peniup semangat untuk mereka.
Antara surah yang digalakkan untuk dibaca:
1. Surah Alam Nasyrah
2. Surah al-Hasyr ayat 21-24
3. Surah al-Rahman 1-13
Niatkan semasa membaca surah-surah ini agar anak mendapat ilmu, mudah menjawab dengan cemerlang.