Kebaikan sukan di sekolah

1. Menyihatkan badan

Badan yang sihat amat penting untuk mencerdaskan minda. Minda yang baik akan dapat membantu pelajar dalam pelajaran. Apabila pelajar terlibat dalam aktiviti sukan, jantung mereka dapat berfungsi dengan baik. Oleh itu,  aktiviti sukan ini perlu dilakukan dengan berterusan oleh pelajar, pasti mereka dapat mengelakkan daripada penyakit berbahaya.    

2. Mengisi Masa Lapang Dengan Aktiviti Berfaedah

Sukan di sekolah juga ialah dapat mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti yang berfaedah. Masa lapang yang tidak diisi dengan perkara yang berfaedah akan menyebabkan pelajar membazirkan masa mereka. Biasanya pelajar mempunyai banyak masa lapang di sebelah petang. Jika tiada aktiviti sukan, pelajar cenderung untuk menghabiskan masa lapang mereka dengan menonton televisyen, tidur atau melepak di luar rumah. Secara tidak langsung, aktiviti sukan di sekolah telah dapat mengurangkan kegiatan yang berunsur negatif di kalangan pelajar.

3. Mengcungkil Bakat Dalam Sukan

Aktiviti sukan juga dapat mencungkil bakat pelajar dalam sesuatu acara sukan. Dalam pertandingan yang diadakan di peringkat sekolah, akan muncul pemenang dalam sesuatu acara. Pihak sekolah akan memilih pemenang-pemenang ini untuk mewakili sekolah di peringkat daerah dan seterusnya di peringkat negeri.

4. Memupuk Nilai-Nilai Murni

Amalan nilai-nilal murni ini penting kepada pelaiar bagi membantu mereka menjadi pelajar yang cemerlang. Banyak nilai murni yang boleh dipupuk secara langsung atau tidak langsung. Antara nilai-nilai murni tersebut ialah nilai bekerjasama, kerajinan, bertanggungjawab dan mematuhi peraturan. Amalan nilai-nilai murni ini membolehkan mereka menjadi peiajar yang baik di sekolah mahupun di rumah.

5. Memupuk Perpaduan

Aktiviti sukan di sekolah dapat memupuk perpaduan di kalangan pelajar. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, perpaduan kaum amat penting dan ia perlu dipupuk dari awal.