Hasrat seorang pesara guru menjala udang di Muara Kuala Besar berakhir dengan tragedi selepas bot yang dinaiki bersama seorang rakannya terbalik dipukul ombak dalam kejadian di sini kira-kira jam 4 petang kelmarin. Mangsa, Wan Hussin Wan Abdullah, 62, bersama rakannya, Wan Zaidi Wan Hussin, 57, berdepan saat itu apabila bot yang dinaiki mereka tiba-tiba terbalik dua kilometer sebelum sampai ke darat berhampiran jeti Lembaga Kemajuaan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Besar.