Farah Fauzana Mohd Fadzil (lahir 7 Februari 1980) lebih dikenali sebagai Fara Fauzana atau FaFau oleh peminatnya, merupakan seorang pelakon, pengacara, pelawak dan antara bekas penyampai radio popular di Malaysia.

Beliau dilahirkan pada 7 Februari 1980 di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor dan merupakan anak kedua daripada tiga orang adik-beradik.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 6, Shah Alam dan seterusnya menyambung pelajaran peringkat menengah di Assunta Girl School, Petaling Jaya.

Fafau meminati mata pelajaran Matematik dan Seni.