HARI Guru disambut bagi memperingati jasa dan pengorbanan para guru serta mengiktiraf peranan penting yang dimainkan dalam pembinaan negara dan bangsa.

Kerajaan Baharu Pakatan Harapan peka akan cabaran dan isu-isu utama yang dihadapi oleh para guru.

Maka, sepertimana yang termaktub di dalam Buku Harapan, kami komited untuk memastikan para guru dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam mendidik para pelajar.

Sehubungan itu:

 

  1. Kerajaan Baharu Pakatan Harapan akan mengurangkan bebanan tugas pentadbiran yang dipikul oleh para guru.
  2. Jawatan Pembantu Pengajar akan diwujudkan bagi menggalas tugas-tugas pentadbiran.
  3. Akses dan kebolehgunaan sistem teknologi maklumat di sekolah-sekolah juga akan diperbaiki supaya pengajaran lebih interaktif dan berkesan bagi mencerminkan prestasi pendidikan yg meningkat.
  4. Keputusan Kerajaan Baharu Pakatan Harapan juga akan mewujudkan biasiswa khas untuk guru-guru yang mahu menyambung pengajian dan latihan professional mereka.

 

Harapan kami usaha-usaha ini akan dapat mengangkat martabat dan meningkatkan kecekapan para guru di negara ini terutama sebagai pendidik generasi mendatang.

Kepada semua guru yang tercinta dan disanjungi, terima kasih dan Selamat Hari Guru buat anda!

 

Dr. Wan Azizah Wan Ismail,

Timbalan Perdana Menteri Malaysia

16 Mei 2018