Misi pencarian pesara guru yang hilang Wan Hussin Wan Abdullah, 62, di laut ketika menjala udang di sini Selasa lalu masuk hari keempat dan setakat ini masih belum menunjukkan sebarang petanda mangsa dijumpai. Ketua Zon Kota Bharu, Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Penguasa Bomba Kanan II, Syobirin Abd Kadir berkata, pihaknya turut dibantu dengan pasukan bomba sukarela bersama tiga bot dengan kekuatan 20 anggota selain pasukan Maritim, Marin, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Persatuan Nelayan.