Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ialah bekas Juara Debat Asia.

Beliau merupakan bekas penuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan Undang-undang.

Beliau telah dilahirkan pada 6 Disember 1992 di Pulai, Johor Bahru, Johor.

Beliau pernah belajar di Maktab Tentera Diraja sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Semasa beliau menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, beliau telah bertanding dalam satu pertandingan debat peringkat Asia dan telah berjaya menjadi Juara Debat Asia.