Nak pesan kat mak-mak yang ada anak UPSR.

Ini salah satu contoh soalan Matematik tahun 6.

Saban tahun akan ada 1 hingga 3 soalan seperti ini.

Soalan ini hanya mahu membuang masa calon UPSR.

Pesan kat anak-anak, jumpa soalan pesen ni bulatkan nombor soalan dan teruskan jawab soalan lain.

Jangan nak tumpu juga selesaikan soalan ini.

Ini soalan 'trick' sengaja dibina untuk uji pelajar genius dan akan membuang masa pelajar biasa.

Jadi abaikan soalan jenis ini, jawab soalan lain dahulu.

Dah siap jawab semua soalan lain baru kembali kepada soalan ini untuk selesaikan.

Kalau berkeras kepala nak jawab soalan ini juga, ia akan membuang masa sehingga tak sempat nak jawab soalan lain yang jauh lebih mudah.

#MFS

- Sedikit perkongsian tips dari Korea untuk anda.

Kredit: Cikgu Mohd Fadli Salleh
.