Gembira dan bersyukur, itulah perasaan bapa kandung murid lelaki tahun empat 10 tahun yang diikat pada tong gas, selepas mendapat hak penjagaan sementara. Bagaimanapun, lelaki itu yang enggan identitinya dikenali berharap mendapat hak penjagaan tetap selepas melihat sendiri keadaan anaknya itu, yang ditemui polis dalam keadaan memilukan.