Abang kepada murid tahun empat yang ditemui dirantai pada tong gas, minggu lalu, nekad untuk membela nasib adik-beradiknya. Ini berikutan pertemuan antara bapa kandung dan adiknya di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sini, kelmarin selepas insiden menyayat hati yang menimpa adiknya. Pelajar berusia 16 tahun itu berkata, pertemuan tersebut memberi kelegaan selain membuatkan dirinya kembali bersemangat.