Tidak dinafikan penampilan yang kemas dan menarik membantu membina keyakinan seorang guru ketika berdepan dengan pelajar dan rakan sejawat lain.

Selain baju yang cantik, kasut juga memainkan peranan penting bagi keselesaan guru yang sentiasa perlu melangkah ke sana ke mari untuk pergi ke kelas. Jom kita intai guru pakai kasut apa tu?

"Saya tak kisah pun jenama apa, asalkan ia tahan lasak dan berbaloi dengan harga."

- Guru SK Seri Pinang Sharifudin Mohd Darus

"Saya lebih suka memakai kasut pelbagai jenama yang dibuat daripada kulit kerana tahan lama. Harga kasut yang dibeli adalah sederhana saja dan selalunya saya akan pilih berwarna hitam dan coklat yang sesuai untuk pelbagai majlis.”

- Guru Penolong Kanan Hem SK Bukit Pak Kiau Zulkefli Deris

"Saya pilih kasut Sembonia kerana ia selesa dipakai dan harga berpatutan."

- Guru SK Petani Jaya Siti Zuraidah Mohamed Saris

"Saya suka kasut yang berjenama sebab lebih berkualiti.”

- Guru SK Mak Mandin Rosliza Abdullah

"Tak kisah kasut jenama apa, asalkan harga berpatutan dan kualiti.”

- Guru SK Mak Mandin Rozita Md Isa

"Saya pakai kasut jenama Crocodile, jenama ni cukup tahan. Bukan saja kasut. Tetapi sapu tangan, baju, seluar, tali pinggang semuanya Crocodile.”

- Guru Besar SK Tunku Putera Mohd Yusoff Ishak

"Saya pakai kasut jenama Crocodile, cukup tahan lama. Sudah 10 tahun saya pakai jenama sama."

- Guru SK Seri Bayu Weng Azhan Ahmad

"Kasut kegemaran saya ialah jenama Louis Cuppers kerana reka bentuknya yang simple, menarik dan kualitinya sangat elok serta tahan pudar.”

- Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Kampung Paya Zakaria Ismail

"Saya pakai kasut keluaran Amber ja.. sandal pula jenama Crocodile. Kasut Amber harganya RM69 sandal pula RM89.90.

- Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Siong Siti Rosni Ahmad