KOTA TINGGI - Bagi mengumpul dana Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) untuk menceriakan Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Lok Heng satu Majlis Makan Malam Amal Alumni diadakan.

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Zaini Ibrahim berkata, majlis itu dihadiri alumni 1976/77 dengan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KISB) di sekolah itu.

“Seramai 200 bekas pelajar hadir pada majlis itu dan pihak sekolah berjaya mengumpulkan dana RM6,000 berjaya dikumpulkan,” katanya.

Sebahagian alumni yang hadir pada majlis makan malam amal.



Kata beliau, majlis itu mendapat sambutan menggalakkan daripada bekas pelajar hingga penganjur terpaksa menolak beberapa penyertaan kerana ruang yang terhad.

Turut sama memeriahkan majlis ialah Adun Sedili, Rasman Ithnain yang turut merasmikan majlis pelancaran penubuhan Alumni SK Felda Lok Heng dan Guru Besar SK Felda Lok Heng, Zalley Zainudin.
 

Zalley ketika menyampaikan ucapan sempena majlis makan malam amal.

 

Persediaan dilakukan bagi majlis makan malam yang diadakan untuk mengumpul dana ceriakan sekolah.

 

Guru dan ibu bapa bekerjasama menaikkan papan tanda sekolah.