SERI ALAM – Ia bukan sekadar sekolah biasa, sebaliknya penghuni Sekolah Seni Malaysia Johor mempunyai bakat yang luar biasa.

Bukan sekadar bersandarkan pada bakat seni pelajarnya namun sekolah tersebut turut meraih kecemerlangan akademik yang membanggakan.

Produk kelahiran sekolah ini  semakin dikenali bahkan kelibat pelajar SSeM Johor sentiasa mendapat perhatian sehingga ke pentas antarabangsa seiring dengan matlamatnya menjadikan pusat kecemerlangan pendidikan kesenian dan kebudayaan.

Bermula dengan berkongsi premis

Penubuhan SSeM Johor telah diputuskan dalam Persidangan Perancangan Strategik Kementerian Pelajaran Malaysia  2004.

Sekolah tersebut memulakan operasinya di premis sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan  Mohd Khalid, Johor Bahru pada 2007.

Tanggal 31 Disember 2013, menjadi detik sejarah buat sekolah  itu yang berpindah ke tapak baru di Bandar Seri Alam, Masai, Pasir Gudang ditadbir Pengetuanya, Ishak Mahbob.

Berteraskan misi membangun dan menggilap potensi serta bakat murid ke tahap optimum melalui pendidikan berkualiti menjadi peganggan warga pendidik dan jurulatih SSeM Johor.

Pentadbiran sekolah tersebut kemudiannya dipimpin Rohana Ismail pada 1 Ogos 2008. Pembelajaran buat seluruh warga SSeJB Amanat untuk mengemudi sekolah tersebut, merupakan
amanah yang ‘berat’ buat pengetua baharunya, Rohana meskipun sebelum itu telah menjawat jawatan selaku Penolong Kanan di SMK Mohd Khalid dan menguruskan Lahir ikon seni negara Sekolah Seni Malaysia Johor Penjana Pewaris Budaya Bangsa pentadbiran SSeM Johor sepanjang menumpang disitu.

Akuinya tugasan yang dipikul terlalu berat kerana beliau bukan lahir dari bidang seni sebaliknya sukan. 

“Saya tidak ada jiwa seni namun saya ambil tanggungjawab yang telah diamanahkan ini dan belajar untuk memahami bidang seni ini dengan bantuan ketua bidang, guru-guru dan para pelajar sendiri.

“Ia bukan mudah, saya ambil masa tiga tahun akhirnya saya boleh mengusai bidang ini malah mungkin lebih baik lagi,” akuinya SSeM Johor bukan sahaja platform pembelajaran buat pelajar sebaliknya dirinya dan guru-guru di sini.

Antara aktiviti pembelajaran yang sedang berlangsung.

 

Selepas hampir 10 tahun, SSeM Johor telah melahirkan 800 pelajar dan kini menempatkan 340 penuntut dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 dengan keupayaan 66 guru dan jurulatih.

Gilap bakat seni, rekod kecemerlangan akademik Rohana katanya selain menggilapkan bakat seni pelajar, sekolah mensasarkan untuk melahirkan pelajar yang relevan dengan keperluan pekerjaan semasa, namun ia seimbang dengan akademik dan kesenian.

“Tidak dinafikan cara mendekati pelajar dalam aliran seni ini berbeza dengan sekolah harian kerana ia lebih membabitkan emosi mereka.

“Sekiranya perkara ini tidak dititik beratkan, pasti sukar untuk menggilap dan melahirkan pelajar  yang berpotensi serta mereka yang mampu melahirkan karya, nukilan atau ciptaan muzik yang menarik hasil naluri mereka,”katanya.

Sekolah berkenaan turut dianugerahkan Bai’ah (New Deal) dan Sekolah Kluster Kecemerlangan malah  merekodkan keputusan cemerlang apabila lima calon mendapat semua A dalam matapelajaran yang diduduki dan 9 calon mendapat semua A kecuali bagi satu subjek pada Sijil Pelajaran Malaysia 2016.

SSeM Johor yang menawarkan pembelajaran yang kondusif dilengkapi dengan bangunan Kompleks Seni (Studio Kesenian) seperti auditorium, studio dan bengkel teater, studio tari, studio muzik serta studio dan bengkel seni visual termasuk bangunan dan kemudahan asas seperti blok akademik, blok asrama dan dewan makan.

Dengan infrastruktur SSem Johor tersebut membawa kepada kecemerlangan seni dan akademik apabila banyak anugerah dan pencapaian diraih sehingga ke peringkat antarabangsa.