JOHOR BAHRU – Ia bukan sekadar pentas peragaan bagi mempamerkan bakat kreativiti pereka sebaliknya pertunjukan fesyen ‘Beauty of Waste’ mengetengahkan kelainan persembahan dari barangan terbuang.

Pengurus Operasi Hospital Pakar KPJ Puteri, Mohamad Faizal Mohamed berkata, pertandingan itu bukan hanya menguji pengetahuan dan kreativiti anak-anak muda dalam mereka cipta pakaian tetapi dicabar untuk menghasilkan sesuatu yang luar biasa dengan menggunakan bahan yang boleh dikitar semula.

“Ia juga dapat menggalakkan mereka sayangi alam sekitar dan memberi kesedaran kepentingan memelihara serta memulihara alam sekitar,” katanya.

Pemenang kategori dewasa dan sekolah rendah bergambar meraikan kejayaan.

Salah seorang peserta menggayakan busana daripada barangan terbuang.

Pertunjukan fesyen yang dibahagikan kepada dua kategori dewasa dan kanak-kanak itu mendapat sambutan murid sekolah rendah.

Antaranya Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pasir, SK Taman Impian Emas, SK Perempuan Sultan Ibrahim, SK Taman Bukit Indah, SK Damansara Aliff, SK Bandar Baru Uda 2, SK Larkin 1, SK Seri Melati dan SK Convent dengan penyertaan seramai 13 peserta.

Manakala, penyertaan kategori dewasa adalah daripada warga kerja Hospital Pakar KPJ Puteri di mana pemenang tempat pertama 'Beauty of Waste' kategori kanak-kanak ialah Qashrina Qaisara Zulkarnain dari SK Convent dan kategori dewasa ialah Siti Fariza yang masing-masing memenangi wang tunai RM200, hamper dan sijil penyertaan.

Peserta bersama penganjur.