KUBANG PALAS - Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Palas dengan kerjasama JKKK serta PIBG telah mengorak langkah pertama bagi tahun 2017 untuk membantu murid yang susah.

Pihak sekolah telah memohon sumbangan daripada Tradewinds International Insurance Brokers sdn bhd.

Hasilnya pihak syarikat bersetuju untuk membantu keluarga ini mendirikan sebuah kediaman yg lebih selesa mengantikan pondok sedia ada dengan sebuah rumah dalam masa terdekat.Usaha  ini dijalankan oleh semua warga SK

Kubang Palas selepas mengesan kesusahan yang dialami keluarga ini.Keluarga ini terdiri daripada empat beradik di mana ibu mereka Siti Suraidah Abdul Wahab

mengambil upah memasukkan tanah ke dalam polly bag sebagai mata pencarian utama selepas ditinggalkan suaminya beberapa tahun lalu.