BALING - “Jujurnya saya bukan kaki ‘study’, terkejut dengan keputusan yang diperoleh hari ini (semalam),” akui pelajar cemerlang SPM dari Sekolah Menengah Agama (SMKA) Baling yang mendapat 11A.

Mohamad Shahrul Azri Azian, 17, berkata, dia tidak sangka mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM.

“Memang tak sangka, waktu mereka umum keputusan pelajar, saya baru sampai di pintu dewan. Bila tiba giliran sendiri, macam tak percaya dapat keputusan yang baik.

“Saya bukan jenis buka buku, waktu ‘study’ pun tak ada dalam jadual. Apa pun, alhamdulillah ALLAH kurniakan kejayaan kepada saya,” katanya ketika ditemui di SMKA Baling, semalam.

Namun katanya, kejayaannya ini diyakini ada kaitan dengan amalan zikir dilakukan setiap kali selesai solat fardu.

“Satu lagi saya akan fokus 100 peratus dalam kelas, ia memudahkan saya untuk ingat. Saya juga selalu ajar kawan-kawan lain,” katanya.