RAWANG - Memupuk semangat kesukanan di dalam diri murid.

Itulah objektif utama Kejohanan Sukan Olahraga Kali ke-17 Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Desa 2.

Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Hazam Nor Saleman berkata, kejohanan berlangsung pada 1 April dan dianjurkan oleh Unit Kokurikulum sekolah.

 Azirah dinobat penerima Anugerah Olahragawati 2018.

"Seramai 540 murid yang terpilih menyertai olahraga terbabit. Mereka terdiri daripada murid tahun 1 hingga 6.

"Manakala guru pula seramai 115 orang dan tugas mereka adalah memastikan kejohanan berjalan lancar," ujarnya.

Hazam

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar, Siti Rohana Saabin, warga sekolah dan AJK PIBG yang beri komitmen luar biasa dalam menjayakan sukan tahunan.

Rumah Biru meraikan kejayaan sebagai juara rumah sukan tahun ini.

Kejohanan dirasmikan oleh Adun Kuang, Datuk Abdul Shukur Idrus.

Sementara itu, johan bagi rumah sukan pada kejohanan tahun ini adalah rumah Biru diikuti Merah, Kuning dan Hijau.

Acara sukan yang dipertandingkan.

Muhammad Arieq Afwan (6 Ehsan) dan Azirah Mujep (6 Makmur) dinobatkan sebagai olahragawan dan olahragawati sekolah.

 Bacaan ikrar Kejohanan Sukan Olahraga Kali ke-17 SK Taman Desa 2.

=

 Perbarisan rumah Biru.

 Perbarisan rumah Merah.

Perbarisan rumah Kuning.

Acara ibu bapa dan guru yang menjadi tumpuan warga sekolah.