KOTA BHARU - Seminar Amalan Terbaik mata pelajar Pendidikan Jasmani yang dianjurkan bagi meningkatkan mutu mata pelajaran itu setanding dengan mata pelajaran di sekolah.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Kelantan, Muhammad Zahari Othman berkata, seminar berkenaan yang disertai 69 sekolah terpilih di negeri Kelantan diharap dapat menjadi pemangkin kecemerlangan pelajar di negeri ini.

“Saya menyanjung usaha murni ini dan menggalakkan agar seminar seumpama ini dapat diadakan bagi meningkatkan mutu mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan turut menjadi pemangkin kepada mata pelajaran lain.

“Di sini saya tegaskan, mata pelajaran Pendidikan Jasmani juga amat penting dan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, ia harus ditekankan di sekolah-sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapannya di sini baru-baru ini. Hadir sama, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Machang, Arazmi Semandan semua pegawai PPD negeri Kelantan.

Dalam majlis itu, turut disampaikan watikah penyampaian Sekolah Amalan Terbaik PJPKN Kelantan dengan 30 sekolah menengah dan 31 sekolah menengah di negeri ini terpilih.