Kementerian Pendidikan mensasarkan penambahan sebanyak 10 buah lagi Kolej Tingkatan Enam(KTE) Mod Satu di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak bagi tempoh dua tahun akan datang.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata bagi mencapai tahap berkenaan (Mod Satu) sesebuah pusat tingkatan enam perlu memiliki premis berasingan dengan sekolah arus perdana dan punyai pentadbiran tersendiri.