Ketupat.  Ia bukan sekadar makanan. Tapi juga menyimpan cinta dan kesabaran. Membuat atau menganyam ketupat, tidak kira sama ada ketupat nasi atau ketupat palas atau apa saja, ia adalah mahakarya untuk kehidupan.

Bagaimana dengan cikgu-cikgu di luar sana? Pandai menganyam ketupat?

Apa kata kali ini kita ‘cuba’ berkenalan dengan ketupat palas.

Ketupat palas atau ketupat pulut ialah ketupat yang menggunakan daun palas sebagai pembungkusnya. 

Perbezaan ketupat daun atau ketupat nasi dengan ketupat ini adalah dari segi bentuk, saiz, penggunaan daun untuk membalut dan beras.

Ketupat daun atau ketupat nasi ketupat nasi, dianyam berbentuk empat segi, berbentuk bawang ataupun jantung menggunakan daun kelapa. Ketupat palas pula bebentuk tiga segi dan menggunakan beras pulut sebagai isi, manakala ketupat daun menggunakan beras nasi.

Apa hubungan ketupat dan kehidupan?

Setiap Ramadan dan menjelang hari raya, ketupat ini amat mendapat sambutan di Kampung Berserah, Kuantan.

Malah, tempahan diterima  pengusaha ketupat ini, Roslina Othman, 37, mencecah 17,000 biji sehingga musim perayaan nanti.

Menurut Roslina, permintaan ketupat meningkat dua kali ganda pada bulan Ramadan sehinggakan dia perlu menyediakan 30 kilogram (kg) pulut berbanding 10 kg pada hari biasa.

“Untuk 30 kg, boleh dapat 1,500 biji ketupat dan semuanya habis dijual. Biasanya saya akan mula mengukus pulut jam 6 pagi setiap hari.

“Dengan empat  pekerja yang ada, tempahan dapat disiapkan kira-kira jam 2 petang. Kalau hari biasa, saya hanya mengupah dua pekerja sahaja,” katanya.

Ini bermakna ketupat ini bernar-benar memberi rezeki yang lebih kepada Roslina dan keluarganya di bulan Ramadan dan musim perayaan.

Bagaimana dengan cikgu-cikgu pula?

Apa tunggu lagi! Hidangkanlah ketupat palas untuk menyemarak kegembiraan dan menambah cinta di hari lebaran!

 

Resepi Ketupat Pulut Daun Palas

 

Bahan2:

 

2 kg pulut (kami guna pulut susu)

2 1/2 kg santan (nak sedap guna santan original)

Garam secukup rasa

Daun palas secukupnya

 

Cara2:

 

Basuh beras pulut sehingga bersih dan toskan.

Masak santan dengan api yang perlahan sambil mengacau sehingga mendidih. Perasakan dengan garam. Biarkan mendidih seketika dan kecilkan api.

Masukkan pulut dan gaul sebati dengan santan.

Bila pulut dah separuh masak dan santan sudah kering, matikan api.

Masukkan ke dalam kelonsong apabila pulut telah sejuk atau suam2.

 

Cara Merebus:

 

Masukkan semua ketupat yang telah disiapkan ke dalam periuk.

Tuang air sama paras dengan ketupat.

Tutup periuk dan rebus ketupat sehingga air kering. Sesekali balik2 kan ketupat tersebut.

 

Langkah-langkah bergambar
Didihkan santan
Tos pulut yang telah dibasuh

Masukkan santan beras pulut ke dalam santan yang telah mendidih

Bila santan dah kering... pulut akan nampak berminyak

Proses membalut pun bermula... isi pulut penuh2 ke dalam kelonsong dan tekan2 biar padat
 
 
 

***Kaedah menganyam daun palas boleh teliti video di bawah.