Suatu malam dua orang kaya sedang duduk santai di bistro, sambil berborak kosong tentang orang gaji masing-masing..

Orang Kaya I: “U tahu tak, drebar (driver) i tu bodoh betul. Kalau tak percaya tengok ni…”

Terus dia panggil si Adi drebarnya.

“Adi, ini RM10, pergi ke kedai, dan belikan saya kereta ferrari.” Adi pun menjawab dengan sopan, “Yes Sir!! Right Away!!”

Terus dia bergegas ke kedai kereta. Orang Kaya I itu terus mengatakan pada kawannya tu, “Tengok, kan betul tu? Dia bodoh”

Orang Kaya II: “Haha, itu ok lagi… saya punya orang gaji lagi bodoh”.

Terus si Orang Kaya II memanggil Ali, “Ali, pergi ke rumah saya, lihat sama ada saya ada di rumah atau tidak”

Ali: “Yes Sir!! Right Away!!” Ali pun bergegas ke rumah tuannya.

Orang kaya II memandang temannya sambil ketawa. Tidak berapa lama kemudian kedua-dua orang gaji ini bertemu di tengah jalan.

Adi: “Eh, kau tahu tak, Majikan aku tu  bodoh betul. Dia bagi aku RM10 dan suruh pergi beli ferrari, manalah boleh kan sekarang dah malam tentulah kedai kereta tutup..”

Ali: “Majikan aku pun bodoh juga. Ada ke dia boleh suruh aku balik umah tengok dia ada kat umah ke tidak.. Kalau guna telefon kan senang..