PUTRAJAYA- Kementerain Pendidikan (KPM) menafikan Malaysia tidak tersenarai dalam laporan keputusan Program Penilaian Murid Antarabangsa (Pisa) 2015.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan KPM, Malaysia telah mentadbir Pisa 2015 mengikut prosedur dan menepati standard terkini ditetapkan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OEDC).

“Malah satu penyataan dalam sesi video-conferencing antara kementerian dengan wakil OPEC sudah dikeluarkan,” jelas kenyataan tersebut.

Dalam penyataan vedio tersebut Pengarah Pendidikan dan Kemahiran, dan Penasihat Khas kepada Ketua Setiausaha OECD, Andreas Schleicher berkata, kesemua hal berkaitan pentadbiran Pisa di Malaysia telah dilaksanakan dengan baik.

“Malaysia telah mematuhi segala protokal dan prosedur yang ditetapkan dalam standard teknikal, hanya sekolah yang memberi respons tidak mencukupi.

“Walau bagaimanapun, kami tidak akan membataklan kelayakan data,” katanya.

Menurut KPM, OECD telah menerbitkan keputusan Pisa 2015 melalui dua laporan, iaitu Pisa 2015 Initial Report Volume 1 (Excellence and Equity in Deducation) dan Volume 2 (Policies and Pratices in Excellent Schools) dan satu ringkasan iaitu Pisa 2015: Pisa Results in Focus.

Malaysia turut dilaporkan kedua-dua laporan keputusa Pisa 2015 tersebut.

“Keseluruhan 8661 respons (daripada 9660 pelajar yang disempel) telah diambil bagi melaporkan keputusan Malaysia. Jumlah ini masih menepati sebagai wakil populasi pelajar 15 tahun,” jelas kenyataan tersebut.

Pisa adalah penilaian tahap dunia yang diselenggarakan tiga tahun sekali bermula pada tahun 2000 dan Malaysia mula menyertainya pada 2009.

Ujian ini adalah untuk menguji tahap penguasaan pelajar 15 tahun terhadap kepupayaan membaca, Saind san Matematik.