PUTRAJAYA - Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengumumkan pemberhentian serta merta audit SKPMG2 agar guru dapat memberi tumpuan kepada proses pengajaran di dalam kelas
sepenuhnya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media yang berlangsung di Dewan Za'ba, KPM, sebentar tadi.

"Guru terbeban dengan sistem SPKMG2 kerana ada pihak luar yang audit," katanya.

Dalam buku 105 Harapan Guru kepada Menteri Pendidikan yang diserahkan GPSBestari.com kepada beliau pada Ahad lalu, perkara nombor 13 ada menyatakan permintaan guru agar menghapuskan SKPMG2.

 

Selanjutnya mengenai 105 permintaan guru boleh dilihat menerusi link di bawah:

105 harapan guru kepada Menteri Pelajaran