SEREMBAN - Penutupan sekolah tahfiz dilihat sebagai tindakan kurang bijak lebih-lebih lagi apabila tiada kajian mendalam dilakukan bagi menguatkan kenyataan disarankan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin.

Penutupan itu juga dikatakan tidak wajar berikutan anak daripada akademi tahfiz ialah insan kualiti serta pemikiran terbaik, memandangkan hidupnya dipenuhi dengan aktiviti membaca dan menghafal al-Quran.

Exco Pelaburan, Perin-dustrian, Keusahawanan dan Pendidikan, Dr Rafie Abd Malek berkata, lebih baik difikirkan cara membantu meningkatkan institusi tahfiz yang memiliki pelajar mempunyai IQ lebih baik dan otak yang sangat cerdas.

“Bagi saya tiada sebab mengapa tahfiz perlu ditutup, saya yakin beliau (Zainudin Maidin) tidak buat kajian mendalam mengenai perkara tersebut, saranan dibuat berdasarkan cakap-cakap sahaja tanpa meneliti dengan lebih terperinci.

“Pusat tahfiz di dalam negara ini mesti diteruskan, cuma kita perlu mencari ruang bagaimana mem-perkemas lagi struktur akademiknya dan mem-pertingkatkan lagi kualiti,” katanya, semalam.

Tambahnya, akademik tahfiz sepatutnya bukan sahaja berperanan membaca dan menghafal al-Quran semata-mata sebaliknya ia perlu diperluaskan lagi dengan mempelajari serta memahami bahasa Arab dengan lebih baik.