SEREMBAN - Persaraan seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Temu pasti akan menjadi kenangan apabila dia diarak menaiki kereta mewah jenama Ferrari.

Cikgu Ho Sew Ching, 58, yang secara rasmi bersara pada 1 Mac lalu, merupakan seorang guru yang ceria dan penyayang.

Beliau yang mempunyai pengalaman selama 33 tahun dalam dunia perguruan, berasal dari Kedah, tetapi telah menetap di Melaka sejak 1969.

Penghargaan kepada Sew Ching atas khidmatnya sebagai seorang guru.

Sew Ching dalam ucapannya, melahirkan rasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan pelajar kesayangannya dan rakan seperjuangan di sekolah berkenaan.

“Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan guru, pengetua yang banyak membantu dan anak didik yang sentiasa menceriakan.

“Walaupun saya tidak lagi berkhidmat di sini, namun persahabatan antara kita akan terus terjalin sampai bila-bila.

“Saya doakan selamat maju jaya kepada semua,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sambutan Majlis Persaraan di Dewan Sri Temu SMK Padang Temu, baru-baru ini.

Kenangan terakhir bersama rakan-rakan guru.

Sew Ching kemudiannya diarak keluar dengan menaiki sebuah kereta mewah jenis Ferrari sebagai tanda penghargaan.

Sew Ching memotong kek sempena majlis persaraannya, baru-baru ini.