NILAI - Seramai 1,070 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks KLIA menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah, baru-baru ini.

Majlis dirasmikan Yang Dipertua PIBG, Mohd As’hari Hashim itu, dimeriahkan dengan kehadiran Pengetuanya, Norashikin Jantan.

Menurut Mohd As’hari, dengan adanya aktiviti bersukan seperti ini ia dapat mencungkil bakat anak-anak muda terpendam.

Katanya, kejohanan yang dianjurkan banyak membantu pihak sekolah untuk mengesan pelajar yang berbakat dan hebat dalam acara yang dipertandingkan.

Antara sukan padang yang berlangsung pada kejohanan sukan sekolah.

“Sejarah sekolah ini memang banyak melahirkan atlet muda yang berkemahiran dan cekap dalam aktiviti padang.

“SMK Kompleks KLIA sentiasa digeruni kerana mempunyai ramai ahli sukan dan pasukan yang hebat.

“Kita pernah menjadi juara empat tahun berturut-turut bagi kejohanan olahraga Daerah Seremban 1 pada 2014, 2015, 2016 dan 2017, dan menjadi Johan Merentas Desa Daerah Seremban pada 2018, serta naib johan bagi peringkat negeri,” katanya kepada Sinar Harian.

Ujarnya, selain acara padang, pelajar di sekolah ini juga cemerlang dalam acara tekwando.

Katanya, pencapaian terbaik sekolah apabila mendapat tempat kedua, pingat perak dalam acara tekwando di bawah berat 48 kilogram pada kejohanan di Tokyo, Jepun pada tahun 2017.

“Pencapaian terbaik dan cemerlang ini ditunjangi guru-guru yang hebat, dalam melatih serta mendidik anak murid.

“Kami berharap selain akademik, aktiviti bersukan juga perlu di itik beratkan bagi melahirkan modal insan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani,” katanya.