KUANTAN - Pelajar di sebuah maahad tahfiz di daerah ini yang dipercayai menjadi mangsa liwat dan gangguan seksual oleh lelaki berusia 41 tahun masih ditempat di situ sejak kejadian itu berlaku sekitar Ogos lalu.

Pemilik pusat tahfiz yang terletak di Bukit Bay Route di sini, memaklumkan mereka semua akan meneruskan sesi pembelajaran seperti biasa di pusat terbabit.

Bagaimanapun, menurutnya, mereka sudah dibenarkan pulang ke rumah masing- masing sempena cuti sekolah yang bermula hari ini.

“Pihak maahad tahfiz sudah membenarkan 45 pelajar lelaki dan 10 perempun termasuk pelajar yang terlibat.

“Ini sudah menjadi kebiasaan maahad tahfiz ini setiap kali musim sekolah...mereka semua diberikan cuti selama dua minggu.

“Kita memberi kebenaran untuk semua pelajar di sini pulang lebih awal,” katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.

Pemilik berusia 38 tahun itu turut memaklumkan sesi persekolahan akan bermula 29 Mac nanti.

Semalam, akhbar Sinar Harian menyiarkan pelajar pusat tahfiz menjadi mangsa liwat dan gangguan seksual oleh seorang sukarelawan.

Pemilik maahad  itu tidak menyangka lelaki yang juga seorang sukarelawan di maahad itu, sudah melakukan perbuatan terkutuk itu sejak Ogos tahun lalu.

Suspek berusia 41 tahun ditahan kerana disyaki meliwat enam pelajar pusat tahfiz berusia antara 14 hingga 17 tahun, yang dipercayai berlaku sejak Disember tahun lalu direman selama tujuh hari bermula semalam.