Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengumumkan keputusan calon yang berjaya ke Program Matrikulasi, KPM sesi 2017/2018.

Hanya pelajar SPM 2016 yang telah membuat permohonan sebelum tarikh tutup pada 24 Disember 2016 boleh menyemak keputusan di laman sesawang di www.moe.gov.my.

Sehubungan itu bagi calon yang berjaya ditawarkan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2017/2018, dikehendaki mencetak sendiri dokumen berikut untuk dibawa bersama semasa mendaftar di kolej:

1. Surat Tawaran

2. Panduan pendaftaran pelajar

3. Maklumat peribadi pelajar

4. Akuan persetujuan ibubapa/penjaga & kesihatan pelajar

5. Pengakuan bebas penyalahgunaan dadah

6. Borang Perjanjian pelajar (dua salinan)