MANJUNG - Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga maut ditikam abang sendiri selepas dipercayai berlaku perselisihan faham di rumah mereka di Simpang Lima, Pekan Gurney, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 petang itu, mangsa berusia 15 tahun ditikam menggunakan sebilah pisau dalam satu pergelutan sebelum ditemui berlumuran darah.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada selisihan faham antara mangsa dan abangnya berusia 30 tahun yang mempunyai masalah mental.

Menurutnya, ketika kejadian difahamkan ahli keluarga berada dalam rumah berkenaan.

“Mangsa ditemukan meninggal dunia dalam keadaan berlumuran darah di ruang tamu rumah itu,” katanya.

Beliau berkata, suspek berjaya dipujuk sebelum menyerahkan senjata digunakan kepada polis.

“Suspek kini ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

 

Berita berkaitan :


ISLAMABAD - PAKISTAN. Selebriti media sosial Pakistann Qandeel Baloch dibunuh abang sendiri kerana dianggap telah menjatuhkan maruah keluarga.

Memetik laporan BBC News, abang Qandeel, Waseem Baloch, ditahan di Dareah Ghazi Khan di tengah Pakistan pada malam Sabtu.

"Dia dicekik hingga mati, kami percaya ia pembunuhan kerana maruah," kata Ketua Polis Daerah, Azhar Akram.

Menurut polis lagi, Qandeel sebelum ini telah diberi amaran supaya meninggalkan bidang berkenaan kerana keluarganya tidak gembira dengan pekerjaannya sebagai model yang dianggap memalukan mereka.

Qandeel baru-baru ini telah mencetuskan kontroversi apabila bergambar 'selfie' dengan seorang ulama Islam.

Dalam temu bual baru-baru ini, Qandeel mengkritik masyarakat tradisional Pakistan dan menyifatkan dirinya sebagai seorang pendokong wanita.

Sebelum ini, beratus-ratus wanita dibunuh setiap tahun di Pakistan dek kerana 'amalan pembunuhan maruah'.

SUMBER : Sinar online

 

Berita berkaitan :

BALING – Seorang lelaki sanggup bertindak kejam apabila dia dengan tiba-tiba mengamuk dan membelasah sampai mati adik serta ibu saudaranya di Kampung Lanai, Parit Panjang di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 9.45 pagi, lelaki itu membunuh adiknya, Muhammad Azwan Wahab, 25, yang lumpuh dengan menggunakan kayu api dan pengukur kelapa di dalam rumah keluarganya.

Ketika insiden Muhammad Azwan yang lumpuh akibat kemalangan pada Januari lalu sedang berbaring di atas katil yang diletakkan di ruang tamu rumahnya.

Selepas memukul adik bongsu daripada enam beradik itu, suspek yang berusia 32 tahun kemudian bertindak ganas de­ngan membaling bata ke kepala ibu saudaranya, Rokiah Abdullah, 54. Lelaki itu kemudian memukul kepala dan muka mangsa beberapa kali di halaman rumah.

Rokiah sebelum itu cuba menenangkan suspek dan memintanya berhenti daripada memukul Muhammad Azwan.

SUMBER : Kosmo! Online