PERINGKAT  APLIKASI

A5

 ASPEK  IKTIBAR                               

 

-

Maksud iktibar ialah pengajaran atau ciri-ciri baik yang boleh diambil dari tamadun, kerajaan,  peristiwa dan tokoh untuk  digunapakai dalam  kehidupan kita pada hari ini.

 

 

-

Petanda soalan aspek iktibar dengan  adanya perkataan “iktibar” pada soalan.

 

 

-

Soalan berkaitan tamadun dan kerajaan bank jawapannya lebih luas berbanding jawapan berkaitan  peristiwa dan tokoh

 

 

-

Untuk menjawab soalan aras aplikasi ini, pelajar   telah  dianggap  menguasai  isi pelajaran berkaitan tamadun, kerajaan, peristiwa dan tokoh berkenaan.

-

Pandangan saya, soalan iktibar termasuk juga dalam KBAT kerana ianya di peringkat aplikasi.

 

CONTOH SOALAN

1

Jelaskan iktibar  yang diperolehi daripada kejayaan Turki  Uthmaniyah untuk kegemilangan negara dan bangsa Malaysia    [ 5 markah]   (SPM 2009)                                                                       

 

 

2

Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada sejarah kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka untuk kegemilangan bangsa dan negara Malaysia   [2 markah]   (SPM 2010)

 

CONTOH BANK JAWAPAN YANG BOLEH DITERIMA DALAM KEBANYAKAN SOALAN 

 

F1

Kita hendaklah mengukuhkan perpaduan  antara kaum

F2

Kita hendaklah mewujudkan keharmonian dalam masyarakat

F3

Kita hendaklah bijak berkomunikasi

F4

Kita mestilah mengukuhkan keamanan dalam negara

F5

Kita mestilah  menguasai ilmu pengetahuan

F6

Kita mestilah mementingkan  strategi yang  berkesan

F7

Pentingnya berfikiran kreatif

F8

Pentingnya tabah menghadapi cabaran

F9

Mempunyai   pentadbiran yang berkesan

F10

Mempunyai pemimpin berwibawa

F11

Mengukuhkan sikap toleransi antara kaum

F12

Mewujudkan politik yang stabil

F13

Memajukan ekonomi negara

F14

Mengukuhkan kerjasama antara kaum

 

CATATAN:  Untuk memudahkan calon,  digalakkan menggunakan salah satu perkataan atau

                       Rangkai kata di atas sahaja untuk permulaan ayat contohnya Kita hendaklah”

 

Soalan pengukuhan aspek iktibar

1

Berdasarkan pengkajian anda terhadap kegemilangan kerajaan Bani Umaiyah, terangkan iktibar yang boleh diambil untuk menjadikan negara dan bangsa Malaysia lebih gemilang pada masa akan datang.                                                                    [6 markah]      (SPM 2011)

 

 

2

Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada kejayaan Nabi Muhammad SAW menyebarkan Islam dalam kalangan masyarakat Arab                                           [2 markah]       (SPM 2012)

 

 

 

3

Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada kejayaan Nabi Muhammad SAW membuka semula Kota Makkah tanpa pertumbahan darah                             [6 markah]    (SPM 2013)                                                                               

 

 

4

Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada perjanjian (Hudaibiyah) tersebut.

                                                                                                 [6 markah]   (SPM U 2013)                                                                                                                      

 

 

5

Jelaskan iktibar di sebalik kejayaan penandatanganan  perjanjian (Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957) tersebut.                                                   [6 markah]   (SPM U 2013)                                                                                                         

 

A6

ASPEK NILAI BAIK + CIRI POSITIF        

                                    

-

Menyenaraikan nilai-nilai yang baik dan ciri-ciri yang positif  yang ada pada seseorang tokoh / pemimpin / masyarakat/ agama

 

NILAI BAIK

 

CIRI POSITIF

Tabah

 

Berkorban

Toleransi

 

Kreatif

X Berputus asa

 

Agama

Amanah

 

Setia

Berani

 

Strategi

Kerjasama

 

Kebajikan

Keadilan

 

Cekap

Bijaksana

 

Berpandangan

X mementingkan diri

 

Kebajikan

Akhlak

 

Keamanan

Setia

 

Perpaduan

Kebenaran

 

Pemimpin

CATATAN:  Pelajar mesti bijak memilih bank jawapan

 

CONTOH SOALAN 

1

Mengapakah semangat perjuangan menentang British di kedua-dua negeri (Perak dan Pahang) wajar dicontohi generasi muda masa kini                                               (SPM 2010)                             

 

 

2

Mengapakah semangat perjuangan pemimpin silam di negara kita wajar dicontohi?

                                                                                                                                    (SPM 2012)

 

 

3

Kebijaksanaan pemimpin negara kita telah berjaya menangani cabaran yang dihadapi semasa pembentukan Malaysia. Buktikan kebenaran pernyataan tersebut.      (SPM 2013)                                                                                                     

 

 

4

Jelaskan ciri-ciri kepimpinan khalifah Islam pada  zaman pemerintahan Khalifah al-Rasyidin yang wajar dicontohi oleh pemimpin masa kini.                                   (SPM 2014)                                            

 

DISEDIAKAN OLEH:

ABDULLAH MAMAT

SMK SERI NILAM, KUALA TERENGGANU