CONTOH SOALAN SPM 2013

1. Terangkan ciri bandar moden yang anda idamkan  [2 markah]                                          

2. Cadangkan tiga langkah yang berkesan untuk membasmi sifat jahiliah dalam kalangan masyarakat moden pada hari ini    [3 markah]

3. Berikan tiga cadangan anda untuk memartabatkan  penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat  masa kini   [3 markah]                                                                                                                                 
4. Pada pendapat anda, apakah usaha yang perlu dilaksanakan untuk menjadikan Malaysia sebagai kuasa maritim yang maju? [6 markah]

5. Sekiranya anda sebagai pemimpin masyarakat tempatan pada waktu itu, bagaimanakah anda mempertahankan tanah hak milik masyarakat tempatan [6 markah]                                        
6. Sebagai pemimpin, apakah yang akan anda lakukan untuk mewujudkan sistem birokrasi yang berkesan di negara kita [6 markah]                                                  

7. Bagaimanakah sistem demokrasi di Malaysia dapat dikekalkan?       [6 markah]

8. Pada pandangan anda, bagaimanakah negara komanwel  dapat bergiat cergas setanding dengan pertubuhan dunia yang lain [6 markah]


CONTOH SOALAN SPM U 2013

1. Bagaimana kegiatan perdagangan di negara kita boleh dimajukan dan dipertingkatkan [3 markah]

2. Wawasan 2020 merupakan gagasan negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020.

Berikan cadangan agar warga Malaysia menikmati taraf  hidup yang tinggi menjelang tahun tersebut. [6 markah]                                                                                                                                                                      3. Jelaskan persiapan yang perlu dibuat oleh anda untuk menjadikan Malaysia  sebuah negara perindustrian yang maju. [6 markah]                                                                                                                                                


CONTOH SOALAN SPM  2014

1. Jika anda sebagai Ahli dalam Sistem tersebut, jelaskan tindakan untuk memanfaatkan peluang tersebut bagi mempertahankan  hak dan maruah bangsa [6 markah]                                             
2. Terdapat segelintir rakyat Malaysia, terutamanya generasi muda masih tidak mendaftar sebagai pengundi.

Pada pendapat anda, mengapakah keadaan tersebut berlaku?  ( Aspek ciri buruk)

Berikan cadangan anda untuk mengatasi masalah tersebut   (Aspek cadangan)        [6 markah]                                                                                                                               


CONTOH SOALAN DAN  JAWAPAN  ASPEK CADANGAN

Cadangkan strategi yang sewajarnya dilakukan oleh pemimpin tempatan dalam usaha menentang British di Tanah Melayu.


DIGALAKKAN JUGA MEMBERI JAWAPAN DI LUAR KOTAK

F1
    

Menggunakan senjata moden

F2
    

Membuat persediaan yang rapi

F3
    

Mengkaji kelemahan British

F4
    

Mendapatkan bantuan dari pihak luar

F5
    

Mengadakan rundingan dengan pihak British

F6
    

Melakukan serangan hendap

F7
    

Meningkatkan ilmu peperangan

F8
    

Melakukan perang gerila

F9
    

Menghantar surat bantahan di London

F10
    

Menubuhkan Persatuan Pembesar untuk menentang British


Sebagai pemimpin negara, jelaskan usaha anda untuk  menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan ilmu di rantau ini.   
    



F1
    

Penubuhan universiti antarabangsa  

F2
    

Membina perpustakaan yang canggih

F3
    

Penggunaan bahasa Inggeris dalam pembelajaran

F4
    

Meningkatkan prasarana pendidikan

F5
    

Menggalakan pelajar asing belajar di Malaysia

F6
    

Menjalankan pendidikan jarak jauh

F7
    

Memperbanyakan sumber rujukan

F8
    

Menaiktaraf penggunaan ICT dalam pendidikan

F9
    

Mengadakan promosi pendidikan di luar negara

F10
    

Mewujudkan kestabilan politik

F11
    

Menjadikan Malaysia pusat penterjemahan

    


Sebagai pemimpin negara,  nyatakan usaha  anda untuk  mengukuhkan perpaduan antara kaum di negara kita.  




F1
    

Mengadakan kempen perpaduan antara kaum

F2
    

Mengadakan gotong royong melibatkan semua kaum

F3
    

Mengadakan rumah terbuka melibatkan semua kaum

F4
    

Mengadakan aktiviti sukan melibatkan semua kaum

F5
    

Mendirikan sekolah untuk semua kaum

F6
    

Memupuk semangat cinta negara

F7
    

Mengadakan kerjasama politik antara kaum

F8
    

Menubuhkan parti politik untuk semua kaum

F9
    

Menggalakkan pengunaan bahasa kebangsaan

F10
    

Tidak menyentuk perkara sensitif kaum lain

F11
    

Memupuk  sifat menghormati budaya kaum lain

F12
    

Mengamalkan konsep 1Malaysia


Andaikan anda salah seorang daripada pemimpin nasionalis di Asia Tenggara ketika itu, apakah tindakan yang akan anda lakukan bagi menangani penjajahan kuasa Barat?


    


F1
    

Berunding dengan penjajah

F2
    

Berdemonstrasi menentang penjajah

F3
    

Menubuhkan parti politik untuk menentang penjajah

F4
    

Mengangkat senjata melawan penjajah

F5
    

Memulaukan kerajaan penjajah

F6
    

Menulis surat bantahan kepada penjajah

F7
    

Tidak bekerja sebagai kakitangan penjajah

F8
    

Bekerjasama dengan negara lain menentang penjajah

F9
    

Menghantar rombongan menuntut kemerdekaan

F10
    

Mendesak penjajah menjaga kebajikan penduduk pribumi


Cadangkan langkah-langkah untuk   mengukuhkan perasaan cinta akan negara dalam kalangan generasi muda hari ini.


    


F1
    

Tidak mencemarkan imej negara

F2
    

Melibatkan diri dalam pembangunan negara

F3
    

Berakhlak mulia

F4
    

Mematuhi undang-undang negara

F5
    

Setia pada negara

F6
    

Menghormati raja dan negara

F7
    

Merayakan bulan kemerdekaan

F8
    

Membeli barangan tempatan

F9
    

Tidak terlibat dengan gejala negetif

F10
    

Menghormati lambang negara


A8
    

ASPEK  BUAT PERKARA BAIK-BAIK                             



    

- Kebanyakan soalan di bawah aspek menjana idea tetapi terdapat juga di bawah aras aplikasi

    

- Petanda soalan aspek ini, pada soalan biasanya  terdapat perkataan:

 “Sebagai warganegara”

 “Peranan anda”  

 “Peranan  jenerasi muda”  

 “ Golongan remaja”   


- Remaja/generasi muda /warganegara yang buat perkara baik-baik,  bukan pihak lain

Contoh jawapan yang salah – kerajaan mengukuhkan perpaduan antara kaum.


- Boleh menggunakan kata kerja “ Mengukuhkan,  mengeratkan,  mewujudkan, menguasai, menjadi, mematuhi”  pada permulaan ayat.



- Jawapan yang sama  untuk soalan berlainan

- Terdapat juga soalan yang memerlukan jawapan spesifik

                                

 CONTOH SOALAN SPM

1. Berikan cadangan kepada generasi muda hari ini supaya mereka menjadi warga negara Malaysia yang berupaya mempertahankan kedaulatan negara  (SPM 2008)                                            


    

 

2. Sebagai warganegara Malaysia yang patriotik, apakah peranan anda untuk menjamin pembangunannegara kita supaya berterusan?  (SPM 2010)                                                    


    


3. Sebagai warga negara Malaysia, bagaimanakah anda berusaha untuk melaksanakan mesej yang terkandung dalam lagu kebangsaan negara kita?  (SPM 2011)                    


BANK JAWAPAN BUAT PERKARA BAIK-BAIK

F1
    

Mengeratkan perpaduan antara kaum

F2
    

Menjaga keharmonian dalam masyarakat

F3
    

Mengukuhkan keamanan dalam negara

F4
    

Mematuhi  ajaran agama

F5
    

Mematuhi undang-undang negara

F6
    

Menguasai ilmu pengetahuan

F7
    

memiliki   sifat tabah dalam kehidupan

F8
    

Menjadi pemimpin berwibawa

F9
    

Menjadi golongan intelektual

F10
    

Mempunyai strategi berkesan

F11
    

Mempunyai fikiran yang kreatif

F12
    

Menguasai bidang teknologi tinggi

F13
    

Bijak berkomunikasi

F14
    

Sanggup berkorban untuk negara


SOALAN PENGUKUHAN ASPEK BUAT PERKARA BAIK-BAIK

1. Sebagai warganegara Malaysia yang cintakan negara, jelaskan persiapan yang anda mesti lakukan untuk mempertahankan negara kita daripada sebarang bentuk penjajahan pada masa hadapan (SPM 2011)                                                                                                                                                             
2. Nyatakan dua ciri rakyat Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi (SPM 2012)                                                                                                                    
3. Sebagai warganegara yang patriotik, apakah tanggungjawab anda untuk mengekalkan kedaulatan Malaysia    (SPM 2013)                                                                                                                                                                                                          
4. Bagaimanakah cara untuk mengisi kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh pejuang-pejuang tanah air?   (SPM U 2013)                                                                                              


CONTOH  BANK JAWAPAN BUAT PERKARA BAIK-BAIK LEBIH SPESIFIK


Bagaimanakah generasi muda memanfaatkan globalisasi?            (Peringkat aplikasi)(SPM 2014)           


F1
    

Menguasai teknologi maklumat

F2
    

Menambah kenalan di luar negara

F3
    

Mencipta teknologi baru

F4
    

Merebut peluang dalam bidang perniagaan


F5
    

Berfikir secara kreatif

F6
    

Menguasai ilmu pengetahuan

F7
    

Meningkatkan taraf  kehidupan

F8
    

Menjadi golongan intelektual

F9
    

Mengekalkan keharmonian dalam negara

F10
    

Mengekalkan keamanan dalam negara

F11
    

Menggunakan strategi yang berkesan

F12
    

Menjadi usahawan berjaya



DISEDIAKAN OLEH:

ABDULLAH MAMAT

SMK SERI NILAM, KUALA TERENGGANU