Nadzirah diangkat sebagai pemenang Anugerah Kadet Wartawan Terbaik.

Nadzirah berkata, daripada temu bual itu, Dr Zambry beritahu ibunya mahu beliau meneruskan persekolahan supaya dapat mengubah nasib keluarga dan menjadi contoh kepada adik beradik yang lain.

“Dari situ, saya olahkan menjadi suatu cerita dan alhamdulillah, saya berjaya.

"Kejayaan ini sedikit sebanyak dapat membawa saya menyelami kerjaya sebagai seorang wartawan,” katanya.

Tambahnya, program Kadet Wartawan Amanjaya perlu diteruskan di masa akan datang agar pelajar diberi pendedahan tentang kerjaya sebagai wartawan, nilai berita, penulisan berita yang ringkas dan padat serta lain-lain berkaitan.